KOTA MARUDU: Perasaan lega ibu bapa di Kota Marudu yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan yang bermula 10 Jan depan bertukar buntu setelah semuanya rosak disaluti lumpur malah ada yang hanyut dibawa arus banjir.
Ada dalam kalangan mereka terpaksa bergegas meninggalkan kawasan kediaman sehingga tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting termasuk peralatan rumah dan kelengkapan sekolah seperti baju, kasut, beg dan peralatan menulis kerana air naik terlalu cepat susulan hujan berterusan sejak Jumaat lepas.
Suri rumah Faridah Zakaria, 37, ketika ditemui Bernama berkata semua kelengkapan sekolah yang dibeli untuk tiga anaknya sudah diletak di dalam kotak khas sementara menunggu sesi persekolahan bermula.
"Saya sudah simpan rapi di dalam satu kotak tetapi ia tidak dapat diselamatkan kerana kami sekeluarga terpaksa segera meninggalkan kawasan rumah memandangkan air banjir naik mendadak. Saya hanya sempat ambil bakul pakaian sahaja," katanya.
Ibu empat anak dari Kampung Kandawayon itu berkata walaupun dia hanya berbelanja sekitar RM150 bagi membeli barang keperluan sekolah terbabit namun ia satu jumlah yang besar bagi mereka kerana hanya bergantung kepada penjualan hasil pertanian secara kecil-kecilan.
SEMUA MAKLUMAT BERHUBUNG BANJIR 2021 DI SINI
"Suami saya seorang petani yang mengusahakan tanaman pisang dan padi dengan hasil pertanian mengikut musim.
"Pendapatan bulanan juga tidak menentu. Untuk persediaan persekolahan anak-anak pula, saya hanya membeli sepasang baju untuk setiap orang sebagai tambahan baju sedia ada," katanya.
Justeru, Faridah berharap ada pihak prihatin tampil menyalurkan bantuan kepada golongan seperti mereka yang terjejas akibat banjir bagi membantu meringankan beban dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak.
Harapan sama turut dizahirkan seorang ibu tunggal Crista Sulisu, 51, dari Kampung Marudu Darat kerana kelengkapan persekolahan tiga anaknya, masing-masing berumur lapan, 12 dan 14 tahun, hanyut dibawa arus dalam banjir mengejut itu.
"Saya membuat persiapan kelengkapan sekolah anak-anak sedikit demi sedikit hasil pendapatan sebagai anggota RELA. Sekarang saya tidak tahu mahu buat macam mana kerana tidak lama lagi sesi baharu persekolahan akan dibuka," katanya yang membelanjakan RM500 untuk membeli keperluan sekolah terbabit.
Lain pula bagi bapa enam anak Mohd Sewei Jamlimaimin, 48, dari Kampung Balagaton, yang optimis ada beberapa kelengkapan sekolah boleh dicuci dan dibersihkan walaupun disaluti lumpur memandangkan ia masih dibaluti plastik.
"Buat masa ini, saya baru menyediakan kelengkapan sekolah untuk tiga anak saya, jadi mana-mana barang yang masih boleh diguna pakai, kita akan cuci dan bersihkan.
"Lagi pun kalau mahu beli baharu, guna kos lagi, saya kurang berkemampuan kerana hanya buat kerja kampung, jadi pendapatan tidak menentu," katanya.
Mohd Sewei berkata dia tidak juga berharap kepada bantuan kerana mangsa banjir bukan sedikit dan banyak kampung terjejas.
"... tetapi sekiranya ada, syukur rezeki, lambat atau cepat, saya berterima kasih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Seorang nelayan, Jeffry Ongod dari Kampung Tinondulan Bodi memasang pukat untuk mencari rezeki di sebuah ladang kelapa sawit kampung itu pada Jan 3, 2022. - fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,398 setakat 12 tengah hari
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sabah meningkat setakat 12 tengah hari ini kepada 3,398 orang.