JOHOR BAHRU:Walaupun telah bersedia awal untuk sesi persekolahan lima anaknya yang bakal bermula 20 Jan ini, seorang ibu muda sedih apabila kesemua barangan persekolahan anak-anaknya hanyut dibawa banjir apabila rumah mereka ditenggelami air di Kampung Laut, dekat Skudai, sejak semalam.
Diana Zafini Mohamad Faruddin, 30, mempunyai empat anak di sekolah rendah berusia lapan, sembilan, 11 serta 12 tahun manakala seorang lagi di tingkatan tiga.
Selain itu, dia juga mempunyai dua anak kecil berusia empat tahun dan lima bulan.
"Saya memang sedih sangat... habis semua keperluan sekolah anak macam kasut sekolah, baju-baju sekolah yang lepas semua kena banjir.
"Saya kesiankan anak-anak... sebab itu sahaja barangan keperluan yang ada, kalau nak beli baharu memang tak mampu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, yang menjadi pusat pemindahan sementara penduduk dari kampung berkenaan, di sini, petang tadi.
BACA: Banjir di Johor memburuk, amaran cuaca peringkat bahaya
Tambahan pula suaminya, Sufian Sabnon, 33, yang bekerja sebagai kerani penyelia tapak pembinaan kurang mendapat kerja kerana pandemik, kata Diana yang merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.
Bagaimanapun, dia berterima kasih kepada kerajaan negeri dan agensi terlibat kerana diberikan tempat perlindungan sementara yang selesa dan selamat untuk anak-anaknya terutama anak bongsunya yang berusia lima bulan.
Turut bersama Diana di pusat perlindungan tersebut adalah ibu mertuanya, Marmiah Tompok, yang tidak mampu berjalan dan bergerak menggunakan kerusi roda.
Warga emas berusia 63 tahun itu menyifatkan banjir kali ini yang paling teruk dialami dirinya dan keluarga.
"Makcik sedih sangat, bulan ini sahaja dah berapa kali banjir... habis semua barang rumah. Dapur, televisyen, bantal semua tak boleh diselamatkan," katanya.
Kampung Laut adalah antara kawasan yang terjejas teruk banjir di bandar raya ini dengan paras air meningkat sehingga menenggelamkan keseluruhan rumah di kawasan berkenaan.
Setakat 8 malam tadi, banjir di Johor melibatkan lima daerah dengan mangsa kini seramai 1,780 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 02 2021
Keadaan Kampung Laut di Batu 10 Skudai dari atas yang diambil di parkir kereta Tingkat 4, Skudai Parade. - BERNAMA
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.
Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.