KUANTAN:Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM11 juta untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata jumlah itu meliputi peruntukan tambahan RM8 juta yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Jumaat lepas mengambil kira situasi banjir yang berlaku sekarang.
"Jumlah keseluruhan RM11 juta pada tahun ini ialah yang kedua tertinggi selepas bencana banjir besar pada 2014/2015 yang melibatkan kira-kira 100,000 mangsa, iaitu sebanyak RM57 juta.
"Peruntukan tambahan yang disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diharapkan dapat membantu mereka untuk terus menjaga kebajikan mangsa banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk rekod, peruntukan banjir kerajaan negeri pada pada 2016 ialah sebanyak RM16,493, masing-masing RM1.9 juta bagi 2017 dan 2018, serta RM46,200 pada 2019 yang dibuat berdasarkan keperluan dan tahap keseriusan banjir pada tahun tersebut.
Wan Rosdy berkata JKM juga telah membelanjakan kira-kira RM3.4 juta untuk operasi banjir kali ini dengan RM2.9 juta digunakan bagi membeli barang keperluan harian mangsa di PPS.
"Saya berharap mereka yang berada di PPS dan di lapangan, termasuk petugas dan sukarelawan, sentiasa mementingkan keselamatan dan kesihatan diri serta menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk membendung penularan wabak COVID-19," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata kerajaan negeri juga dalam usaha menyediakan bekalan air minuman secukupnya bagi kegunaan mangsa banjir dan pascabanjir.
Sallehuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang menjangkakan lebih sejuta botol air minuman diperlukan, justeru beliau mengalu-alukan sumbangan orang ramai dan badan bukan kerajaan.
"Air minuman antara keperluan utama pada musim banjir kerana loji rawatan air di beberapa lokasi terjejas banjir terpaksa ditutup dan sumber air yang dikhuatiri kebersihannya dibimbangi boleh menyebabkan penyakit," katanya.
Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di Pahang ialah seramai 26,375 orang daripada 7,120 keluarga yang ditempatkan di 274 PPS di sembilan daerah dengan Temerloh menjadi daerah paling teruk terjejas kali ini,
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di Pahang ialah seramai 26,375 orang di 274 PPS. - Foto BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.