SHAH ALAM : Sistem pam tidak berfungsi antara punca beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 mengalami banjir kilat dalam kejadian pada petang Rabu.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, setakat ini tiada pemindahan dilakukan susulan air telah surut sepenuhnya.
"Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 susulan hujan lebat.
"Selain itu, didapati juga sistem pam tidak berfungsi mengakibatkan air tidak berlakunya pengaliran air dengan baik, bagaimanapun keadaan mula terkawal apabila pam telah dibaiki pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 3.40 petang hingga 4.37 petang.
"Antara kawasan terlibat adalah laluan Jalan Persiaran Sukan serta laluan bulatan Stadium Shah Alam menghala bangunan Accapela.
"Selain itu, banjir kilat dilaporkan turut melanda di Jalan Surau Munawwarah sehingga persimpangan lampu isyarat di jalan tersebut, persimpangan lampu isyarat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, laluan jalan berhampiran bangunan lama Management and Science University (MSU) serta laluan di Pangsapuri Perdana," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023

Antara kawasan terjejas akibat banjir kilat itu adalah laluan Jalan Persiaran Sukan serta laluan bulatan Stadium Shah Alam menghala bangunan Accapela. - Gambar/ Sinar Harian

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Banjir kilat di Shah Alam sebab sistem pam tidak berfungsi
Sistem pam tidak berfungsi antara punca beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 Shah Alam mengalami banjir kilat dalam kejadian pada petang Rabu.

Projek pembinaan punca banjir kilat di Kampung Budiman
Banjir kilat di Kampung Budiman yang menjejaskan kira-kira 50 rumah dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan berhampiran kampung berkenaan.

200 rumah terjejas banjir kilat di Klang, lapan mangsa diselamatkan
Lapan mangsa diselamatkan pasukan penyelamat ekoran banjir yang melanda di Kampung Johan Setia, Klang, petang tadi.

PKTK Taman Sri Muda ditubuhkan bagi persediaan banjir
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Taman Sri Muda, Seksyen 25, bagi menguruskan segala kemungkinan banjir di kawasan berkenaan.

Plaza Tol Shah Alam ditutup sepenuhnya akibat banjir - PLUS
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup sepenuhnya Plaza Tol Shah Alam dan jalan susur persimpangannya mulai 2 petang hari ini, akibat banjir susulan hujan lebat sejak 24 jam lepas.