Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) di enam negeri yang terlibat meningkat kepada 1,239 orang daripada 363 keluarga setakat pukul 4 petang ini.
Negeri-negeri yang terlibat dengan bencana itu adalah Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.
Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor terus mencatatkan peningkatan iaitu seramai 743 mangsa daripada 234 keluarga, yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Jurucakap Smart Selangor Command Center (SSCC) berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, Jeram, terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir dengan rekod terkini seramai 536 orang daripada 148 keluarga berbanding 492 mangsa pagi tadi.
"PPS di SK Ijok turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa di mana kini dihuni 72 orang mangsa daripada 49 keluarga berbanding 32 orang pagi tadi. Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor Desa Coalfields, kekal 89 orang mangsa daripada 22 keluarga, manakala di SK Jaya Setia pula seramai 46 orang mangsa daripada 15 keluarga," katanya kepada Bernama.
Di NEGERI SEMBILAN, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu, mangsa banjir di daerah Jelebu yang ditempatkan di dua PPS, iaitu PPS Balai Raya Kampung Juntai dan Masjid Kampung Jerang, meningkat kepada 69 orang daripada 23 keluarga, berbanding pagi tadi seramai 38 orang daripada 16 keluarga.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 200 mangsa petang ini berbanding 198 mangsa tengah hari tadi, yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), setakat 2.27 petang tadi, kesemua mangsa itu ditempatkan di dua PPS masing-masing di daerah Kerian dan Hilir Perak.
"Seramai 69 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan di daerah Hilir Perak, manakala di PPS SK Changkat Lobak, Jalan Selama di daerah Kerian pula masih menempatkan seramai 131 orang membabitkan 30 keluarga," katanya.
Menurut portal itu lagi, seramai 10 orang daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Teras, Ijok dekat Batu Kurau, di daerah Larut Matang dan Selama, susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada Jumaat lepas.
Di JOHOR, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Johor melibatkan dua daerah, kekal 105 orang daripada 24 keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata petang ini, seramai 89 orang daripada 21 keluarga masih ditempatkan di PPS di SK Melayu Raya di daerah Pontian, dengan mangsa yang terlibat adalah dari Kampung Sepakat Jaya, Kampung Melayu Raya, Kampung Maju Jaya, Kampung Pak Khalid dan Kampung Paya Embun.
Menerusi satu kenyataan ringkas, beliau berkata seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga di Batu Pahat masih ditempatkan di PPS SK Sungai Kajang sejak 23 Okt lalu.
Di PULAU PINANG, seramai 94 mangsa banjir di Bukit Mertajam masih ditempatkan di PPS sehingga petang ini dan jumlah itu semakin berkurang berbanding 147 orang pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata sehingga pukul 4 petang ini tiga PPS masih dibuka dan menempatkan 25 keluarga.
Phee berkata seramai 46 orang daripada 10 keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Taman Sukun manakala di Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh seramai 22 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di dewan itu dan 26 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di sebuah lagi PPS iaitu di Tadika Kemas Kampung Manggis.
Menurutnya lagi mangsa banjir membabitkan penduduk Kampung Manggis telah ditempatkan di PPS itu sejak Selasa dan sehingga hari ini air masih belum surut sepenuhnya, berikutan hujan yang kerap turun pada waktu petang dan malam.
Di KEDAH, sebuah PPS bagi menempatkan 28 mangsa banjir dari sembilan keluarga dibuka di Pendang kira-kira 2.15 petang tadi.
Menurut info bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka ditempatkan di Dewan Serbaguna Pendang selepas air Sungai Pendang melimpah memasuki kediaman penduduk terutama yang menetap di tepi sungai, melibatkan antaranya Kampung Sukamari, Kampung Hampar Kanan, Kampung Batu Hampar, Kampung Banggol Kambing dan Kampung Tanah Merah Dalam.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman sesawangnya meramalkan seluruh negeri di Semenanjung, Wilayah Persekutuan Labuan serta Kudat dan Sandakan di Sabah akan mengalami ribut petir di beberapa kawasan esok.
Turut dijangka mengalami ribut petir di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 27 2019

Anggota JBPM membawa mangsa banjir kilat ke tempat yang selamat berikutan hujan lebat di Kampung Maju Jaya Pontian pada 22 Okt 2019. -Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.

Keadaan banjir di enam negeri beransur pulih
Bagaimanapun, bilangan mangsa di Pahang sedikit meningkat menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di tujuh negeri berkurang kepada 57,980 orang.

PRN: PM Anwar ucap terima kasih kepada semua pengundi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

KKM kemuka cadangan PKP buat enam negeri
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.

Banjir: Lebih 1,200 mangsa di enam negeri dipindahkan
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) di enam negeri yang terlibat meningkat kepada 1,239 orang daripada 363 keluarga setakat pukul 4 petang Ahad.

Enam negeri setuju naik kadar tarif air
Beliau berkata persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan ketika ini.