KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang mencatatkan peningkatan pada sebelah petang hari ini berbanding pagi tadi, manakala jumlah mangsa di Johor tidak berubah.
Di TERENGGANU, situasi banjir semakin buruk apabila jumlah mangsa terlibat meningkat kepada 19,601 orang daripada 5,699 keluarga berbanding 11,415 orang daripada 3,326 keluarga pagi ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 243 berbanding 174 pagi tadi, dengan Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu dilanda banjir, sekali gus menjadikan keseluruhan lapan daerah di Terengganu kini terjejas.
Hulu Terengganu masih menjadi daerah paling teruk terjejas dengan menempatkan 5,726 mangsa berlindung di 50 PPS; Besut sebanyak 5,067 mangsa melibatkan 80 PPS; Kemaman dengan 3,565 mangsa (26 PPS); dan Setiu sebanyak 3,172 mangsa (51 PPS).
Dungun mencatatkan 1,083 mangsa (23 PPS); Kuala Terengganu 382 mangsa (enam PPS); Marang dengan 304 mangsa (empat PPS); manakala Kuala Nerus pula 302 mangsa (tiga PPS).
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Kebanyakan kawasan di negeri itu dilaporkan sedang hujan lebat dan berdasarkan laman sesawang https:publicinfobanjir.water.gov.my/, sebanyak 16 daripada 25 sungai utama di Terengganu merekodkan bacaan melebihi paras bahaya termasuk Sungai Berang di Kampung Menerong di Hulu Terengganu dan Sungai Besut di Kampung La di Besut.
Di KELANTAN, portal rasmi eBanjir negeri https://ebanjir.kelantan.gov.my/ memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 12,104 orang daripada 3,295 keluarga petang ini berbanding 8,645 orang daripada 2,586 keluarga pagi tadi.
Menurutnya, sebanyak 95 PPS dibuka membabitkan sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.
Berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, 11 sungai utama melepasi paras bahaya termasuk Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dengan bacaan 39.92 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.10 m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.74 m).
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan Kuantan adalah daerah kedua dilanda banjir selepas Raub, apabila enam PPS dibuka di daerah itu hari ini, bagi menempatkan 647 mangsa daripada 159 keluarga.
Jumlah mangsa banjir di Raub pula direkodkan meningkat pada petang ini kepada 62 orang daripada 20 keluarga yang berada di tiga PPS, berbanding hanya sebuah PPS dihuni 40 orang daripada 13 keluarga pada pagi tadi.
Sungai Keratong di Rompin dilaporkan masih melebihi paras bahaya manakala dua sungai iaitu Sungai Tembeling di Jerantut dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran berada di paras amaran.
Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan melaporkan jumlah mangsa banjir di daerah Segamat kekal 75 orang setakat 4 petang ini, dengan kesemua mangsa terdiri daripada 21 keluarga itu masih ditempatkan di tiga PPS.
Sebanyak 34 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak, 27 orang di Balai Raya Kampung Kuala Paya manakala Dewan Komuniti Kampung Tasek menempatkan 14 mangsa.
Menurut JPBN, paras air di dua lembangan sungai di negeri ini berada di paras amaran iaitu Sungai Muar, Buluh Kasap di Segamat menunjukkan bacaan 8.83m dan Sungai Lenik, Ladang Chaah di Segamat (5.76m).
Di PERAK, terdapat sedikit peningkatan daripada 49 mangsa membabitkan 17 keluarga pagi tadi kepada 54 mangsa dari 17 keluarga setakat 6 petang.
Mangsa ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, demikian menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022

Hulu Terengganu masih menjadi daerah paling teruk terjejas dengan menempatkan 5,726 mangsa berlindung di 50 PPS. - Gambar/ Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Banjir Kelantan: Usahawan tempatan, pempengaruh media sosial termasuk Khairul Aming turun padang
Khairul Aming memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.

Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.

Banjir Kelantan: 'Jika perlu apa-apa, terus maklumkan kami' - Zahid pesan kepada Nasuruddin
Ahmad Zahid menghubungi Mohd Nasuruddin untuk bertanya mengenai perkembangan keadaan banjir di Kelantan.

Balai Bomba Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun dilanda banjir
Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang di sini berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.

Banjir: Lima pos statik PGA di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok ditutup
Lima daripada 13 pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam penugasan Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok telah ditutup akibat terjejas banjir.

TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.

Paras air Sungai Kelantan semakin naik, berisiko melimpah ke pusat bandar Kota Bharu
Paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di sini semakin meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.

Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera
Penduduk Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung itu bermula awal tahun ini.