KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda beberapa negeri terutamanya di Pahang pada 18 Disember termasuk gelombang kedua pada 1 Januari lalu mengejutkan semua pihak.
Selain menjadi pengajaran, banyak penambahbaikan yang dilihat perlu diambil oleh semua kerajaan negeri dalam pengurusan bencana terutama apabila perubahan cuaca luar biasa.
Astro AWANI menelusuri sembilan kawasan yang terjejas di Pahang iaitu Bentong, Karak, Janda Baik, Temerloh, Mentakab, Lanchang, Pekan, Lipis dan Raub baru baru ini bagi mendapatkan gambaran jelas bagaimana impak gelombang banjir terhadap mangsa.
Banjir paling teruk dalam sejarah
Mungkin di Pahang dan negeri-negeri lain di pantai timur, bencana banjir salin tidak ubah seperti acara tahunan.
Bagaimanapun, kali ini, banjir yang menerjah kawasan kediaman serta perkampungan dianggap paling teruk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.
Perjalanan kami bermula di Bentong, melihat paras air bah yang surut meninggalkan kesan yang mendalam.
Kampung Chegar Medang, antara paling teruk terjejas apabila penduduk mendakwa paras air melebihi 25 kaki (7.6 meter) pada 18 Disember lalu.
Di Karak juga tidak kurang hebatnya. Ada kediaman yang hancur dibadai dek puing kayu dan dihanyutkan di Sungai Perdak dan Sungai Krau.
Penduduk tidak pernah menyangka, bah yang tiba pada awal pagi hari kejadian itu menghanyutkan puing-puing kayu.
Bencana itu telah menyebabkan sebilangan besar daripada kalangan mangsa hilang punca pencarian, bahkan, tempat berteduh juga lenyap hancur dibadai puing.

Timbul tanda tanya, dari mana datangnya puing-puing itu?
Setibanya kami pada 29 Disember lalu, ternyata keadaan yang kami lihat amat luar biasa.
Bau lumpur yang menebal di kawasan itu terutama di Batu 19, Kampung Sri Telemong dan Kampung Sungai Perdak memberi gambaran betapa dasyhatnya bah yang membadai kali ini.
Pemandangan kami pula disajikan dengan runtuhan rumah, ada juga rangka rumah sahaja yang tinggal akibat dilanggar puing dan arus yang deras.]
Lebih menyayat hati, ada yang hanya tinggal tapak rumah sahaja dengan barangan bersepah di kawasan sekitar sementara, kenderaan yang hanyut dibawa arus hilang tanpa dikesan.
Terlintas di fikiran, jika bencana ini kembali membadai kawasan ini, apa pula tindakan selanjutnya yang boleh diambil oleh pihak berwajib?
Astro AWANI bertemu Exco Alam Sekitar Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bagi mendapatkan reaksinya berhubung tindakan selanjutnya akan diambil oleh kerajaan negeri.
Jelas Mohd Sharkar, beberapa bantuan telah disalurkan sepertimana diumumkan kerajaan Pusat, malah kerajaan negeri juga tidak terlepas untuk membantu setiap mangsa yang terjejas.
Ketika ini, apa yang lebih utama ujarnya, pendekatan jangka masa pendek dan jangka masa panjang akan diambil dalam menangani masalah banjir besar yang membawa kesan kepada penduduk.
"Sebab itu seawal bulan Ogos dan September 2021, kerajaan negeri telah bersedia kita pastikan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) berjalan dengan baik.
"Di peringkat negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menjadi pengerusinya dan 11 Pegawai Daerah di seluruh negeri.
"Kita pastikan stok makanan cukup untuk disalurkan kepada semua mangsa di semua kawasan yang terlibat dengan banjir,” jelasnya dalam wawancara eksklusif bersama Astro AWANI baru-baru ini.
Dalam temu bual itu, pelbagai soalan dilontarkan kepadanya bagi mendapatkan gambaran lebih jelas apakah tindakan lanjutan yang boleh diambil susulan banjir yang melanda negeri berkenaan.
Juga disentuh mengenai puing kayu yang menyebabkan beberapa rumah mangsa di Karak musnah turut diajukan kepadanya.
* Ikuti temu bual eksklusif bersama Exco Alam Sekitar Negeri Pahang dalam Agenda AWANI bermula pukul 9 malam ini di saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI.