KUANTAN:Bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) membabitkan anggota dan aset telah dikerah bagi membantu operasi banjir di Pahang.
Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamar Malayisa (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, penghantaran aset itu bermula semalam susulan keadaan banjir yang semakin buruk.
Menurutnya, antara aset yang dikerahkan adalah seperti tiga buah lori dan sebuah bot dua alam biasa yang didatangkan khas daripada WPKL serta operator aset berkenaan.
"Semalam kami dapati kadar intensiti hujan pada kadar yang tinggi bagi daerah Raub dan air naik sangat membimbangkan. Jadi jangkaan kami tepat semalam dengan mengerahkan aset ke sana, namun berdepan cabaran arus deras.
"Sehubungan itu, kita sudah mula gerakkan pasukan bantuan dari Perak, Selangor dan WPKL untuk membantu di kawasan Raub dengan menghantar bantuan dari segi logistik.
"Kesemua logistik ini bagi melicinkan operasi di bawah kawal sedia JBPM untuk di negeri ini," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, negeri lain bagaimanapun masih berada pada kadar biasa khususnya di Kelantan dan Terengganu.
"Di Johor pula, buat masa ini bantuan yang dihantar pada peringkat awal iaitu tiga hari yang lalu dengan mengerahkan aset unit udara JBPM bagi membawa bantuan makanan di lokasi yang terasing serta bantuan kesihatan kepada ibu mengandung.
"Namun, kita juga bersedia dengan apa juga kemungkinan yang akan berlaku dengan melihat keperluan di sesuatu kawasan," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Mon Jan 04 2021

NOR HISHAM: Kesemua logistik ini bagi melicinkan operasi di bawah kawal sedia JBPM untuk di Pahang. - Astro AWANI

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KWSP: Rekod dividen yang sama antara konvensional dan syariah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat meyakinkan umat Islam tentang simpanan syariah dan tidak ada dasar yang mewajibkan tapi menggalakkan tentang perbankan. Umat Islam juga harus diberi penjelasan tentang perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan. #AWANInews

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.

IMF jangka pertumbuhan Malaysia berkembang pada 4.7 peratus
Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa.
AWANI Ringkas: Tumpuan di Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Permukiman SOCA berlangsung di Desaru, Johor hari ini
Mesyuarat SOCA beri tumpuan kepada pengesahan Strategi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) yang dijadualkan untuk diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei 2025.
#AWANIRingkas 4 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Mac 2025
1️⃣ Tumpuan di Parlimen
2️⃣ Perancangan bandar rendah karbon
3️⃣ 35,368 kes tipu dilapor tahun lepas
#awaniringkas
1️⃣ Tumpuan di Parlimen
2️⃣ Perancangan bandar rendah karbon
3️⃣ 35,368 kes tipu dilapor tahun lepas
#awaniringkas

Berbasikal, berlari dan bersenam di gim, kunci kekal aktif di bulan Ramadan
Ramadan bukan penghalang bagi mereka yang ingin mengekalkan kecergasan, malah ramai yang melihat bulan ini sebagai peluang untuk mencapai keseimbangan antara ibadah dan gaya hidup sihat.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Bukti keberanian PM Anwar bebaskan Parlimen - Johari
"Inilah kehebatan PMX. Beliau 'walk the talk', maknanya beliau bukan sahaja bercakap tentang kebebasan institusi Parlimen, malah merealisasikannya."

Banjir Pahang: JBPM Perak, Selangor, KL dikerah bantu operasi
Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, penghantaran aset itu bermula semalam susulan keadaan banjir yang semakin buruk.

Kes bunuh diri naik mendadak, melonjak 20 peratus berbanding tahun lepas
Cubaan membunuh diri atau mangsa yang telah meninggal dunia mencatatkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun ini berbanding tahun lepas.