TASEK GELUGOR: Pelbagai aduan sudah disalurkan kepada pihak penguasa, namun penduduk mendakwa, masih tiada sebarang tindakan berkesan diambil.
Itu antara luahan perasaan komuniti Kampung Merbau Kudung, Sungai Dua, dekat sini, yang hampir setiap tahun berdepan dengan bencana banjir, sejak 20 tahun yang lalu.
Bukan sahaja kerugian ribuan ringgit yang dialami, malah ancaman keselamatan seperti haiwan berbisa ketika waktu banjir turut meresahkan penduduk itu.
Juruteknik, Syed Naser Syed Ali, 51 tahun, berkata, setiap kali hujan lebat, air Sungai Merbau Kudong yang terletak berhampiran kampung itu akan melimpah keluar menyebabkan perumahan di kampung itu terjejas.
"Bila hujan lebat dua tiga jam, kemudian waktu itu pula jika air dari Sungai Muda dilepaskan, akan jadi overflow.
"Dan pada masa yang sama, jika pam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) tidak berfungsi, maka air akan dilepas ke kawasan itu yang akhirnya menyebabkan limpahan di kawasan itu.
"Saya sudah ajukan perkara ini kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), namun tindakannya sangat lambat," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, baru-baru ini.
Justeru, Syed Naser mahu pihak yang bertanggungjawab supaya memperbesarkan sambungan ke Sungai Perai bagi membolehkan air mengalir tanpa sebarang halangan.
Malah, dakwanya, lumpuh yang dilepaskan oleh PBAPP juga menjadikan Sungai Merbau Kudong itu semakin cetek.
Bagi Sofiah Ariffin, 76 tahun, yang tinggal di kawasan itu sejak 45 tahun lalu, dia menjadi trauma setiap kali hujan lebat.
"Kalau tak banjir pun, kalau hujan lebat tak henti-henti dua tiga jam, makcik takut. Perabot termasuk bantal dan tilam yang dibeli anak-anak saya semua rosak dinaiki air, tak tau nak simpan mana, rumah tak bertingkat," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Che Puteh Shaleh, 54 tahun, memberitahu, dia dan suaminya yang ketika hayatnya merupakan seorang pesakit dialisis, berdepan detik sukar setiap kali air naik.
"Arwah (suami) seorang pesakit dialisis, bila banjir kami terpaksa duduk dalam air sehingga air surut sebab pergerakan suami saya agak terbatas," katanya.
Bagi bekas pekerja koperasi sekolah, Mariam Tapah, 62 tahun, penduduk di situ terpaksa membiasakan diri dan 'hidup' dengan banjir sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali setahun.
Paling teruk katanya, pada tahun 2016, kampung itu dinaiki air paras pintu dan mereka terpaksa tinggal di dewan berhampiran sehingga air surut.
"Makcik minta calon yang menang kalau ada datanglah jenguk kami kami, jangan janji sahaja, apabila banjir seorang pun tak tunjuk muka," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Sun Oct 30 2022
![Banjir: Penduduk Kampung Merbau Kudung rayu penyelesaian segera Banjir: Penduduk Kampung Merbau Kudung rayu penyelesaian segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667092009_TBMASHUPBANJIR.jpg)
(Dari kiri) Mariam Tapah, Syed Naser Syed Ali dan Sofiah Ariffin mahu kerajaan mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah banjir di Merbau Kudung, Sungai Dua. - Gambar Astro AWANI
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
![CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739073324_tbCIMBSATUPEMIMPI.jpg)
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
![PRU15: Wan Saiful kecewa pihak lawan edar kain rentang, risalah provokasi PRU15: Wan Saiful kecewa pihak lawan edar kain rentang, risalah provokasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668849018_TBPOSTERPRU.jpg)
PRU15: Wan Saiful kecewa pihak lawan edar kain rentang, risalah provokasi
Risalah-risalah sengaja ditampal di tempat-tempat awam selain bertaburan di jalan raya.
![PRU15: Calon 'underdog' BN Tasek Gelugor yakin pertahankan kerusi tradisi PRU15: Calon 'underdog' BN Tasek Gelugor yakin pertahankan kerusi tradisi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668670285_BNMuhamadYusoff.jpg)
PRU15: Calon 'underdog' BN Tasek Gelugor yakin pertahankan kerusi tradisi
Muhamad Yusoff sedar dikenali sebagai pemimpin kampung, namun, ada cara tersendiri untuk berkempen bagi menyakini pengundi.
![PRU15: Calon PH antara yang terawal tiba di pusat penamaan Tasek Gelugor PRU15: Calon PH antara yang terawal tiba di pusat penamaan Tasek Gelugor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667615403_gagasanbangsa.jpg)
PRU15: Calon PH antara yang terawal tiba di pusat penamaan Tasek Gelugor
Calon BN Datuk Muhammad Yussof Mohd Noor pula tiba pada pukul 9.08 pagi diikuti calon Warisan Mohd Akmal Azhar pukul 9.10 pagi.
![PRU15: Bersatu Tasek Gelugor sokong Wan Saiful sebagai calon Parlimen PRU15: Bersatu Tasek Gelugor sokong Wan Saiful sebagai calon Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667218464_WanSaifulWanJan.jpg)
PRU15: Bersatu Tasek Gelugor sokong Wan Saiful sebagai calon Parlimen
Cadangan menamakan Wan Saiful sudah dipanjangkan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
![Banjir: Penduduk Kampung Merbau Kudung rayu penyelesaian segera Banjir: Penduduk Kampung Merbau Kudung rayu penyelesaian segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667092009_TBMASHUPBANJIR.jpg)
Banjir: Penduduk Kampung Merbau Kudung rayu penyelesaian segera
Pelbagai aduan sudah disalurkan kepada pihak penguasa, namun mereka mendakwa, masih tiada sebarang tindakan berkesan diambil.
![Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor? Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655645238_TBDzulkifli.jpg)
Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).