SHAH ALAM: Seramai 50 penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini yang ditimpa musibah banjir Disember tahun lalu memfailkan saman terhadap pihak berkuasa atas alasan kecuaian dan pelanggaran tanggungjawab.
Mereka menamakan ketua pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Alam Sekitar dan Air, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai defendan, lapor sebuah portal pada Isnin.
Turut dinamakan dalam saman itu ialah dua buah syarikat korporat.
Laporan portal berita itu memaklumkan, saman juga difailkan terhadap kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri Selangor kerana ia turut bertanggungjawab atas kecuaian atau peninggalan pihak lain.
Dalam saman yang difailkan oleh firma guaman Tanes, Khoo & Paulraj di Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu, plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3.8 juta daripada defendan.
Laporan memetik sumber itu berkata, mereka juga menuntut ganti rugi am serta ganti rugi teruk atas bayaran kos perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan yang dialami.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif berkata, Nadma tidak menyediakan pelan tindakan menyelamat yang berkesan selepas banjir.
Mereka juga berkata, terdapat arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyatakan bahawa Nadma akan mengetuai, menyelaras serta melaksanakan tindakan pasca bencana.
Menurut mereka, Jabatan Meteorologi gagal memberi amaran tepat pada masanya mengenai banjir yang akan berlaku.
Mereka mendakwa hanya dimaklumkan dua hari selepas berlakunya banjir, walaupun jabatan itu memberi amaran kepada penduduk yang tinggal di Pantai Timur.
Plaintif berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal membangun mahupun menguruskan sistem banjir Sungai Klang.
Kata mereka lagi, PBT telah meluluskan terlalu banyak arahan pembangunan di sekitar Taman Sri Muda, iaitu antara kawasan yang paling teruk terjejas semasa banjir.
Mereka turut berkata, sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor Incorporated juga gagal mengurus kutipan sampah domestik dan perkhidmatan pembersihan awamnya dengan baik.
Menurut plaintif, janakuasa sandaran di pintu air pasang surut Taman Sri Muda juga gagal disediakan menyebabkan ia melimpah apabila janakuasa sedia ada ditenggelami air.
Peguam V Vemal Arasan, Gurdial Singh Nijhar, M Kula Segaran dan James Joshua Paulraj mewakili plaintif secara pro bono bagi tindakan undang-undang itu.
Vemal seperti dilaporkan portal tersebut berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 25 Julai. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 27 2022
![Banjir: Penduduk Taman Sri Muda saman pihak berkuasa Banjir: Penduduk Taman Sri Muda saman pihak berkuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656365851_BanjirPendudukTam.jpg)
Keadaan banjir di Taman Sri Muda Disember tahun lalu. -Foto Sinar Harian
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
![PKTK Taman Sri Muda ditubuhkan bagi persediaan banjir PKTK Taman Sri Muda ditubuhkan bagi persediaan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667928869_MenteriPembangunan.jpg)
PKTK Taman Sri Muda ditubuhkan bagi persediaan banjir
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Taman Sri Muda, Seksyen 25, bagi menguruskan segala kemungkinan banjir di kawasan berkenaan.
![Banjir: Proses permohonan, agihan bantuan mudah - Mangsa Banjir: Proses permohonan, agihan bantuan mudah - Mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641893706_BantuanWangIhsan.jpg)
Banjir: Proses permohonan, agihan bantuan mudah - Mangsa
Mangsa banjir di Taman Sri Muda menyifatkan proses permohonan dan pengagihan bantuan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) mudah dan lancar.
![Banjir: Kerja baik pulih SMK Sri Muda, 8 lagi sekolah perlu disegera - Radzi Banjir: Kerja baik pulih SMK Sri Muda, 8 lagi sekolah perlu disegera - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640432366_DrRadziJidin.jpg)
Banjir: Kerja baik pulih SMK Sri Muda, 8 lagi sekolah perlu disegera - Radzi
Radzi meminta supaya kerja baik pulih di SMK Taman Sri Muda serta lapan lagi buah sekolah di kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir disegerakan.
![Banjir Sri Muda: Polis Shah Alam terima 10 laporan kes pecah kedai Banjir Sri Muda: Polis Shah Alam terima 10 laporan kes pecah kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640176775_TBKESCURIBANJIRjpg.jpg)
Banjir Sri Muda: Polis Shah Alam terima 10 laporan kes pecah kedai
Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kebanyakan laporan melibatkan premis kedai serbaneka.