KUALA LUMPUR:Banjir di Perak, Pahang, Terengganu dan Selangor mencatatkan peningkatan jumlah mangsa pagi ini, manakala Johor dan Kelantan sedikit menurun.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,237 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,011 orang petang semalam melibatkan empat buah daerah dengan kesemuanya ditempatkan di 13 pusat pemindahan.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, daerah paling teruk terjejas ialah Muallim selepas Kampung Slim Village, Kampung Balun dan Kampung Kuala Slim ditenggelami air sehingga menyebabkan 554 penduduk terpaksa berlindung di empat buah pusat pemindahan.
Portal info banjir.water.gov.my memaklumkan setakat ini hanya Sungai Plus di Kampung Lintang dalam daerah Kuala Kangsar mencapai paras bahaya iaitu 54.93 meter manakala bacaan Sungai Perak di Kampung Gajah di Perak Tengah kini pada paras amaran apabila mencecah 6.68 meter.
Di PAHANG, jumlah mangsa meningkat kepada 17,104 orang berbanding 13,626 mangsa petang semalam yang ditempatkan di 242 pusat pemindahan di 10 daerah dan Bera menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan setakat pagi ini Maran merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 4,561 orang diikuti Kuantan (3,774), Lipis (2,182 ), Jerantut (1,953), Raub (1,862), Temerloh (1,228), Rompin (954), Pekan (279), Bentong (198) dan Bera (113).
Sementara itu, pemegang konsensi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad dalam kenyataannya menyatakan Km113 di Lanchang ditutup malam tadi kerana dinaiki air, manakala Km84.6-Km84.7 masih ditutup sejak Ahad lepas, bagaimanapun limpahan air di lokasi terbabit semakin surut pagi ini.
Sembilan sungai di Pahang juga telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai di Bukit Betong dan Jeram Bungor, Lipis; Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut; Sungai Kuantan dan Sungai Lepar, di sini, manakala paras Sungai Pahang di beberapa lokasi juga melepasi paras bahaya iaitu di Sungai Yap, Jerantut; Lubuk Paku, Maran; Kuala Sungai Chini dan Serambi di Paloh Hinai di Pekan.
Situasi banjir di dua daerah di TERENGGANU tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa hanya meningkat sedikit kepada 1,074 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 1,044 orang petang semalam.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata peningkatan mangsa itu disebabkan penambahan dua lagi pusat pemindahan di Kemaman menjadikan jumlah terkini pusat pemindahan yang beroperasi 12 buah.
"Di Kemaman, jumlah mangsa meningkat kepada 920 orang berbanding 844 orang sebelum ini manakala di Dungun pula, jumlah mangsa menurun kepada 154 orang berbanding 200 orang petang semalam," katanya kepada pemberita hari ini.
Banjir di SELANGOR juga tidak menunjukkan perubahan yang banyak dengan 183 mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan melibatkan dua daerah setakat 8 pagi ini.
Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir ketika dihubungi berkata bagi daerah Hulu Bernam, sebanyak 128 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan manakala di Kuala Selangor 55 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang.
Beliau berkata keadaan cuaca di Hulu Bernam dilihat baik menyebabkan air banjir mulai surut namun mangsa masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setakat ini.
Di KELANTAN, banjir yang melibatkan jajahan Gua Musang semakin pulih dengan hanya 78 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan setakat 8 pagi tadi berbanding 322 orang petang semalam.
Menurut aplikasi Info Bencana JKM, daripada jumlah itu seramai 48 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 2, Dewan Orang Ramai Serian (19) dan Dewan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) Bertam Baru (11).
Sementara itu, menurut infobanjir.water.gov.my, lima sungai di negeri itu merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang merekodkan bacaan 58.90 meter (amaran 57.50 m), Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai 31.24 m (amaran 31.00 m), Sungai Kelantan di Kuala Krai 23.97 (amaran 22.50 m), Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah pada 14.41 m (amaran 14 m), dan Sungai Golok di Jenob 22.56 m (amaran 22.50 m).
Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di JOHOR menurun sedikit kepada 5,485 orang setakat 8 pagi ini berbanding 5,524 orang yang direkodkan pada 8 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan berkata Kota Tinggi masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,707 mangsa, diikuti dengan Kluang (1,950) dan Mersing (506).
"Jumlah keseluruhan pusat pemindahan yang dibuka setakat ini adalah sebanyak 53 dengan 23 pusat pemindahan di Kota Tinggi, Kluang (12), Johor Bahru (1), Mersing (6), Segamat (6), Pontian (3) dan dua di Batu Pahat," katanya dalam kenyataan.
Katanya beberapa jalan masih ditutup seperti Jalan Kota Tinggi-Mersing (Kubu), Jalan Kota Tinggi-Mersing (Risda), Jalan Kota Tinggi- Kluang (Tun Habab), Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas (Jambatan Sungai Semalok) dan Jalan Haji Suhud Taman Muhibbah (Johor Bahru) akibat jambatan runtuh serta Jalan Nitar Utama- Kluang di Mersing.
Hingga kini jumlah kematian lemas akibat banjir di negeri ini ialah seramai tiga orang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
![Banjir: Perak, Pahang, Terengganu, Selangor catat peningkatan, Johor dan Kelantan menurun Banjir: Perak, Pahang, Terengganu, Selangor catat peningkatan, Johor dan Kelantan menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609817461_Mangsabanjir.jpg)
Mangsa banjir mendayung sampan ketika tinjauan di Kampung Tebak, Kemaman, 4 Jan, 2021. --fotoBERNAMA
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
28 cedera akibat rempuhan kereta di Munich
Insiden rempuhan kereta di Munich, Jerman mencederakan 28 individu setakat ini.
DeepSeek bakal lonjak AI di Malaysia, tingkat produktiviti PKS - Fadillah
Malaysia sedia meneraju kecerdasan buatan (AI) di rantau ini dengan kemajuan chatbot dari China, DeepSeek yang membolehkan industri digital negara berkembang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai penguat kuasa di negeri ini disyaki terlibat menerima rasuah bagi melupuskan minyak diesel bernilai RM87,400.00 dibawah harga pasaran.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan Negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Datuk antara 4 suspek terlibat tender jual tanah RM2.6 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu melibatkan dua pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk dan dua naib presiden kanan syarikat.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
SPRM tonggak utama kerajaan pertahan tadbir urus berintegriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
![Banjir Sarawak: Bot terbalik, empat mangsa hanyut dibawa arus Banjir Sarawak: Bot terbalik, empat mangsa hanyut dibawa arus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738208946_tbbotterbalik.jpg)
Banjir Sarawak: Bot terbalik, empat mangsa hanyut dibawa arus
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba setelah menerima video tular tersebut.
![JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738150885_banjir.jpg)
JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sarawak telah digerakkan dengan segera bagi memastikan keperluan asas dan sokongan psikososial disalurkan kepada mangsa banjir.
![Jepun sumbang US$2 juta untuk bantuan kebakaran hutan di California Jepun sumbang US$2 juta untuk bantuan kebakaran hutan di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736378420_TBCaliforniaWildfir.jpg)
Jepun sumbang US$2 juta untuk bantuan kebakaran hutan di California
Jepun pada Rabu mengumumkan sumbangan sebanyak US$2 juta kepada California untuk menyokong usaha pemulihan selepas kebakaran besar yang meragut puluhan nyawa dan menyebabkan kerosakan besar.
![Johor kembali dilanda banjir, Kelantan dan Terengganu beransur pulih Johor kembali dilanda banjir, Kelantan dan Terengganu beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719897279_BencanaBanjirJoh.jpg)
Johor kembali dilanda banjir, Kelantan dan Terengganu beransur pulih
Di Johor, sebanyak 12 orang dari Kampung Baru Sungai Mas dalam daerah Kota Tinggi yang terjejas, kini ditempatkan di PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas.
![Banjir Raub pulih sepenuhnya Banjir Raub pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670384472_banjirraub.jpg)
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
![Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733783306_GunungBerapiKanlao.jpg)
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
![Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733623683_JKMTumpatbanjir.jpg)
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
![Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732612301_TBREDFLAGMONSOON.jpg)
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
![Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733636614_ZahidHamidi.jpg)
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
![Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731820991_banjir.jpg)
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.