KUALA LUMPUR: Bank Negara perlu melihat kembali model pembiayaan perumahan untuk memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40 dan M40 selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata perkara itu antara yang dicapai pada mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dipengerusikannya bagi membincangkan dan menyelaras hala tuju perancangan, penyelarasan serta pemantauan bagi penyediaan rumah mampu milik (RMM) di seluruh negara selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah, hari ini.
"Ini bagi memastikan institusi kewangan mempermudahkan pinjaman untuk B40 dan M40 membeli rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) dan rumah mampu milik. Fokus diberi untuk pembelian terus dan 'rent to own' (sewa untuk milik)," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata selain itu mesyuarat juga bersetuju menetapkan hala tuju baharu PPR yang mengambil kira keperluan semasa serta memasukkan komponen baharu ke arah menjayakan agenda Malaysia Berdaya Huni.
Beliau berkata pembinaan PPR baharu akan mengambil kira elemen seperti keterhubungan dan akses internet seperti 'fibre to the home' (FTTH), jaringan hubungan pengangkutan awam serta reka bentuk yang lebih ekonomik dan lebih selesa.
Ismail Sabri berkata mesyuarat MPMMN turut membincangkan strategi penyediaan dan pelaksanaan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pemaju perumahan swasta.
"Kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.
"Oleh itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Home Ownership Programme (HOPE) bagi melihat ekosistem yang lebih menyeluruh dalam penyediaan perumahan, pembiayaan perumahan serta program-program yang dapat membantu Keluarga Malaysia dalam pemilikan perumahan," katanya.
Perdana Menteri berkata selain itu, kerajaan turut komited menyediakan RMM untuk generasi muda supaya mereka dapat memiliki kediaman sendiri selain turut memberi tumpuan kepada pembinaan RMM di bandar kecil dan pinggir bandar bagi meningkatkan peluang membeli kediaman oleh golongan M40.
"Kebimbangan mesyuarat adalah kos bahan binaan seperti besi dan keluli yang semakin meningkat serta penguasaan kartel dalam industri pembinaan.
"Justeru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) diarah supaya menangani perkara ini. Jika ia berpunca daripada permit import (AP), mesyuarat mencadangkan supaya ia dibuka kepada semua," katanya.
Perdana Menteri dalam masa sama menyeru semua pihak memainkan peranan supaya sasaran Satu Keluarga Satu Rumah dapat direalisasikan.
Bagi mencapai matlamat berkenaan, Ismail Sabri berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi subsidi, kerajaan negeri menyediakan tanah manakala bank mempermudahkan pembiayaan bagi memastikan harga rumah PPR dan rumah mampu milik dapat dijual dengan harga yang berpatutan.
Mesyuarat juga mendengar pembentangan oleh Institut Penyelidikan Khazanah serta Bank Negara berkenaan data-data semasa serta isu-isu berbangkit dalam aspek perumahan rakyat serta akses kepada pembiayaan bagi perumahan mampu milik.
"Maklumat ini akan dijadikan asas kepada kerajaan untuk menambah baik strategi penyediaan perumahan mampu milik serta pengukuhan dasar berkaitan," katanya.
Mesyuarat MPMMN itu diadakan secara telesidang dan turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, menteri-menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara serta Gabenor Bank Negara.
Turut hadir adalah wakil-wakil agensi penyedia perumahan yang terdiri daripada Agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun serta wakil pemaju perumahan swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022

Perdana Menteri berkata perkara itu antara yang dicapai pada mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dipengerusikannya. - Foto PMO
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

1 juta rakyat New Zealand sukar miliki rumah
Kajian Consumer New Zealand mendapati, 41 peratus bukan pemilik rumah percaya mereka tidak memiliki kemampuan kewangan untuk memiliki rumah.

Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Melaka berhasrat perbanyak rumah RTO bantu golongan B40 miliki rumah
Ab Rauf berkata, LPM akan mengenal pasti pemohon yang benar-benar layak untuk menerima keistimewaan tersebut.

Pemilikan rumah rakyat adalah keutamaan kerajaan Sabah - KM
Kebajikan rakyat termasuk pemilikan rumah menjadi keutamaan kerajaan Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Langkah kerajaan pantau pemilikan rumah, isu 144 atlet digugurkan tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Langkah kerajaan pantau pemilikan dan penyewaan rumah selaras dengan kos sara hidup dan pendapatan rakyat dijangka menjadi antara tumpuan.

NGO belia Felda fokus bantu selesai isu berbangkit, pembangunan anak muda
Ketika ini, dianggarkan kira-kira 440,000 generasi baharu Felda tinggal di 317 tanah rancangan di seluruh negara.

Bank Negara perlu lihat kembali model pembiayaan untuk mudahkan pemilikan rumah - PM
Bank Negara perlu melihat kembali model pembiayaan perumahan untuk memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40 dan M40 selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah.

Dapat rumah seluas 290 kaki persegi, golongan miskin Hong Kong ini rasa seperti 'syurga'!
Di kota besar itu, jutaan orang tinggal di pangsapuri awam yang dibahagikan kepada ruang-ruang kecil untuk dikongsi dengan keluarga lain.

Longgar syarat pinjaman bantu generasi baharu Felda miliki rumah - PM
Kerjasama dengan AgroBank beri kelonggaran syarat pinjaman di samping menawarkan kadar faedah yang lebih rendah kepada pemohon yang layak.

Geran ekonomi gig galakkan caruman Perkeso, KWSP - Penganalisis
Insentif menerusi PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri juga memberi jaminan perlindungan jaringan keselamatan sosial pekerja ekonomi gig.