KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meminta Bank Rakyat untuk menyediakan dana khas bagi membantu koperasi dan syarikat berasaskan sektor pertanian.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata koperasi dan syarikat berasaskan sektor pertanian ini penting dan harus diberi keutamaan bagi membantu melancarkan rantaian agromakanan.
"KUSKOP mempunyai banyak koperasi yang terlibat dalam sektor pertanian, contohnya ternakan ayam, kementerian ada 15 koperasi yang menghasilkan 42 juta ekor ayam.
"Jadi kita mahu bantu...daripada 42 juta ekor ayam ini, kita mahu hasilkan 52 juta ekor ayam serta melakukan 'contract farming'.
"Ia sejajar dengan dasar yang dibuat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang mempunyai satu federasi yang akan memainkan peranan mengikut sektor masing-masing di antara sektor federasi ini adalah sektor agromakanan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2022 di Menara Bank Rakyat di sini hari ini.
Noh berkata KUSKOP komited dalam melaksanakan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha mengatasi isu berkaitan sektor pertanian.
Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta di bawah 'Skim Agro Food Facilities' bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan yang diuruskan koperasi berasaskan agromakanan.
Noh berkata gerakan koperasi negara kini telah mencapai usia 100 tahun.
"Dan dalam tempoh seabad ini, koperasi telah menunjukkan satu evolusi yang membanggakan dengan pelbagai penglibatan dalam sektor ekonomi yang dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
"Perjuangan gerakan koperasi seperti Bank Rakyat terus relevan dengan kejayaan meningkatkan kesejahteraan anggota melalui penglibatan aktiviti ekonomi dan keusahawanan. Pada masa yang sama, gerakan koperasi amat penting bagi menggerakkan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sekali gus dapat melahirkan 'Keluarga Usahawan'.
Noh berkata koperasi juga merupakan salah satu 'growth engine' yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dapat memperkasakan ekonomi masyarakat.
Bank Rakyat merupakan antara penyumbang terbesar kepada perolehan sektor perkhidmatan kewangan koperasi iaitu sebanyak RM26.8 bilion atau lebih 70 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan sektor koperasi.
Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar berkata Bank Rakyat akan memasuki tahun ke-68 sejak penubuhannya.
"Bagi memastikan Bank Rakyat kekal relevan untuk tahun-tahun akan datang. Bank Rakyat telah merangka pelan strategik Bank Rakyat 2025 (BR25) yang kini berada dalam fasa pelaksanaan yang mana pada tahun 2021, kesemua 46 program yang direncanakan telah berjaya direalisasikan mengikut perancangan.
"Bank Rakyat akan terus menyokong pertumbuhan mampan 'Keluarga Koperasi' dan memperkasakan peranan federasi koperasi khususnya dalam sektor kewangan dan keusahawanan yang mana bertepatan dengan aspirasi KUSKOP untuk memasyarakatkan gerakan koperasi dalam negara sebagai pemangkin kepada peningkatan sosioekonomi negara bangsa yang seimbang dan progresif.
"Menjadi hasrat Bank Rakyat juga untuk terus berinovatif dalam merancang pelbagai produk dan perkhidmatan yang holistik dan bersepadu serta dapat memanfaatkan anggota dan pelanggan untuk mencapai visinya sebagai Bank Koperasi Islam Progresif No.1 di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022

Menurut Noh, operasi dan syarikat berasaskan sektor pertanian penting dan harus diberi keutamaan bagi membantu melancarkan rantaian agromakanan. - Bernama

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Protes besar-besaran bermula di Nigeria akibat kesukaran ekonomi, krisis makanan
Protes dilapor bermula awal di Lagos, hab komersial Nigeria, walaupun kerajaan mengambil langkah untuk menghentikan demonstrasi.

Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.

557,000 wanita di Gaza kini hadapi masalah kekurangan makanan - Wanita PBB
Ramai wanita di Gaza melangkau waktu makan atau mengurangkan pengambilan makanan mereka sendiri untuk memastikan anak-anak mereka mendapat makanan.

Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.

Erdogan usaha selamatkan perjanjian bijirin Ukraine
Moscow berkata perjanjian itu telah tamat dan ia tidak akan diperbaharu melainkan syaratnya dipenuhi.

PBB bimbang krisis makanan semasa jejaskan Asia Barat
Lima negara di rantau Asia Barat mengalami kadar inflasi makanan melebihi 60 peratus.

DUN Sabah: Transformasi sektor pertanian wajar, elak krisis makanan - Ghulam Haidar
Penekanan Belanjawan Sabah 2023 bagi sektor pertanian penting dalam usaha mentransformasikan sektor itu supaya lebih moden dan dinamik.

Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim
Berdepan bencana iklim, krisis makanan dan tenaga, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar.

PBB gesa semua pihak perbaharui perjanjian bijirin Ukraine
Perjanjian itu yang pada mulanya ditandatangani untuk 120 hari, akan tamat pada 19 November.

Sistem makanan berdepan tekanan - Bank Pembangunan Asia
Krisis makanan yang semakin meningkat bermakna lebih ramai keluarga kelaparan setiap hari di negara membangun di Asia.