SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak telah membuat keputusan untuk menyalurkan bantuan khas perayaan termasuk Aidilfitri kepada kakitangan perkhidmatan awam negeri itu pada setiap penghujung tahun.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan dipersetujui kepimpinan kerajaan negeri itu melihat kepada keperluan yang lebih mustahak buat rakyat terutama menjelang pembukaan sekolah pada awal tahun.
Jelasnya, kerajaan negeri mahu bersikap lebih rasional dalam menguruskan perbelanjaan melibatkan kebajikan rakyat tanpa terikat dengan kaedah pemberian bantuan khas di peringkat Persekutuan.
“Bagi saya waktu yang sangat penting ialah semasa penghujung tahun, waktu pembukaan sekolah yang kemudian dapat membantu ibu bapa dari segi perbelanjaan sekolah... yang lebih penting daripada Aidilfitri.
“Ini bererti apabila kita congak setiap festival, Hari Gawai, Hari Raya dan Tahun Baru Cina kita campurkan, hujung tahun akan ditambah dengan bonus, misalnya RM700 bonus perayaan ditambah bonus hujung tahun tambah RM700, ini cara saya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media Majlis Penyampaian Cek Pampasan Projek Pembangunan Tanjung daerah Gedong, di Samarahan pada Rabu.
Tambah Abang Jo, keputusan itu juga dibuat bagi memberi keadilan kepada setiap sambutan perayaan di negeri itu selain menguruskan dengan baik perbelanjaan kewangan negeri.
“Di Sarawak ini banyak festival dan saya rasa kita mesti adil kepada semua festival, sebab itu kerajaan Sarawak memutuskan sewaktu sambutan festival atau perayaan ini, perbelanjaan harus diurus dengan bijak.
“Kita juga sedang melihat berapa jumlah yang akan diberikan, kalau rezeki lebih biarlah saya agihkan bonus ini pada hujung tahun. Jadi kita jagalah perbelanjaan, kerana kita menyambut Hari Raya sekurang-kurangnya dua ke tiga hari selepas itu selesai,” tambahnya.
Bersempena Aidilfitri, beberapa kerajaan negeri di semenanjung Malaysia telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri antaranya kerajaan negeri Kedah (RM1,000), Terengganu (RM700) dan Pahang (RM1,200) dan Perak (RM700).
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Apr 12 2023

Abang Johari berkata, bantuan kewangan itu tidak diberikan mengikut perayaan tertentu termasuk semasa Aidilfitri yang akan tiba. -- Gambar fail
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Kerajaan Sabah beri bantuan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam
Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2021 kepada penjawat awam negeri berjumlah RM500.