DUNGUN: Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukan RM300,000 melalui bantuan khas input pertanian kepada kira kira 500 pengusaha tanaman lada berdaftar di negeri itu.
Bantuan berkenaan adalah sebagai suntikan modal kepada pengusaha untuk projek tanaman semula berikutan kejatuhan harga pasaran lada.
Menurut pengusaha, kekurangan permintaan tempatan dan pasaran luar Terengganu mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian.
Petani Khairulnizam Che Wan Ahmad berkata, bantuan tersebut dapat membantu terutama mereka yang baru menceburi pengusahaan itu.
"Sekurang-kurangnya dapat membantu terutamanya petani yang baru nak mula.
"Walaupun tidak banyak, boleh bantu sedikit sebanyak, mungkin beli input barang dan modal untuk barangan lain," katanya.
Seorang lagi petani, Mohd Fadzli Hassan menjelaskan, permintaan untuk lada itu ada tetapi dalam jumlah yang sedikit.
"Permintaan itu ada cuma, contohnya seorang peraih hanya mahu dalam 10 beg sahaja jadi yang selebihnya kita terpaksa buang.
"Kalau perkara ini berlanjutan memang tidak boleh diteruskan kerana kami telah keluarkan modal namun tidak dapat keuntungan," katanya.
Harga borong pasaran cili antara RM5.50 hingga RM6 sebelum ini menjunam kepada rm1.50 sekilogram sejak dua bulan lalu mengakibatkan pendapatan mereka terjejas teruk.
Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim mengumumkan bantuan khas input pertanian dan maklumat penerima bantuan akan diperolehi menerusi data Jabatan Pertanian Terengganu.
Nur Fazlizai Ali
Sun Jun 06 2021
![Bantuan khas input pertanian RM300,000 untuk 500 pengusaha lada di Terengganu Bantuan khas input pertanian RM300,000 untuk 500 pengusaha lada di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623015625_LADANGLADA.jpg)
Menurut pengusaha, kekurangan permintaan tempatan dan pasaran luar Terengganu mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian. - Astro AWANI
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pembinaan kompleks CIQ baharu di pihak Thailand telah pun disiapkan beberapa tahun lalu.
![KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739265279_EwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan RM813.4 juta kepada 53,395 perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Sabah, sepanjang tahun lepas.
Agenda AWANI: Indeks Persepsi Rasuah | Tambah Baik Kedudukan
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata. Apa cara untuk tambah baik kedudukan ini dan adakah visi untuk berada 25 buah negara teratas di dunia menjelang tahun 2033 boleh dicapai? Diskusi 8.30 malam
![Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739272819_SaifuddinNasutionI.jpg)
Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Krisis bantuan Gaza terkawal
Krisis kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat masa ini susulan peningkatan bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah tersebut dalam fasa pertama gencatan senjata.
Malaysia, Turkiye desak dunia iktiraf Palestin anggota PBB
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, termasuk mengiktiraf sebagai negara berdaulat dan menjadi anggota PBB.
Hubungan Malaysia-Turkiye: Beri tumpuan kepada pembangunan PKS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Negeri Türkiye (DEİK) memberi tumpuan kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
![Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.
AWANI Borneo [11/2/2025] – Pasca Banjir | Projek RM8.66 Bilion | Konvensyen PBB
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738997966_KhairiKhairudin.jpg)
Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.
![Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738652082_tbgenericchildabus.jpg)
Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.
![Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
![Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737094870_TBHAKISAN.jpg)
Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.
![Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737086555_UburUburMarang.jpg)
Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.
![Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737006279_Tigapekerjarestora.jpg)
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
![Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735572903_BanjirKualaBerang.jpg)
Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.
![Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673342498_Percikanhujanlebat.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.
![Hukuman sebat bukan bertujuan menghukum secara kejam - Ketua Hakim Syarie Hukuman sebat bukan bertujuan menghukum secara kejam - Ketua Hakim Syarie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735373333_hukumansebat.jpg)
Hukuman sebat bukan bertujuan menghukum secara kejam - Ketua Hakim Syarie
Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik.