CHUKAI: Kerajaan Negeri Terengganu akan menyalurkan Bantuan Khas Tunai RM10,000 kepada setiap keluarga yang kehilangan ahli keluarga disebabkan banjir sebagai tanda simpati terhadap kejadian yang berlaku.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri turut menyalurkan Bantuan Khas Tunai RM 1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar sebagai mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.
"Bantuan lain seperti pembaikan rumah yang rosak, pembinaan semula rumah yang musnah dan lain-lain kerosakan infrastruktur akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri setelah mendapat maklumat penuh penilaiannya," katanya
Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini selepas taklimat pengurusan banjir di Pejabat Daerah Kemaman di sini hari ini.
Ahmad Samsuri sebelum itu meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Binjai Kemaman.
Katanya, kerajaan negeri turut mengalu-alukan mana-mana syarikat yang beroperasi di negeri ini atau di luar negeri Terengganu yang ingin memberi sumbangan supaya menyalurkannya menerusi Tabung Darul Iman.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana menghulurkan bantuan segera RM50 juta, selain kerajaan negeri Selangor sebanyak RM500,000, Pahang (RM150,000) dan Kedah (RM200,000).
Sementara itu dalam sidang media yang turut disiarkan menerusi Facebooknya itu, Ahmad Samsuri menyifatkan banjir yang dialami oleh Terengganu kali ini agak luar biasa sehingga menjejaskan persiapan yang dilakukan kerajaan negeri sebelum ini.
"Kita berdepan dengan cabaran yang agak luar biasa kali ini berikutan cuaca yang agak ekstrem yang tidak pernah dihadapi dalam sejarah negeri Terengganu. Hujan lebat telah menyumbang kepada keadaan banjir yang luar biasa ini dan kita mengakui di sana sini ada kelemahan walaupun kita telah bersedia.
"Perbincangan dan mesyuarat untuk menghadapi banjir ini telah dilakukan secara berkala lebih awal sebelum ini, tetapi cuaca yang ekstrem telah mengatasi perancangan kita sehingga ada tempat-tempat tertentu tidak mampu dicapai oleh aset yang ada," katanya.
Keadaan itu katanya menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memohon bantuan daripada pihak luar termasuk pihak swasta untuk membantu memindahkan mangsa banjir.
Beliau turut mengakui ada mangsa banjir yang lewat menerima bantuan makanan dan keadaan itu terjadi apabila premis yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) turut dinaiki air dan mereka terpaksa dipindahkan ke tempat lain.
"Jadi ini memberikan satu cabaran besar kepada seluruh agensi yang terlibat menguruskan banjir kali ini.
"Sehubungan itu segala kekurangan daripada kelemahan itu sekiranya datang daripada pihak kerajaan, saya ambil kesempatan memohon berbanyak maaf dan akan cuba memperbaiki pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
IKUTI LAPORAN KOMPREHENSIF MENGENAI BANJIR DI SINI!
Bernama
Fri Dec 23 2022
Kerajaan negeri menyalurkan Bantuan Khas Tunai RM 1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar sebagai mangsa banjir bagi meringankan beban mereka. - Fail/BERNAMA
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.
Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong
Sistem tebatan banjir sedia ada, ada yang tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak lagi berupaya menjalankan fungsi yang sepatutnya.
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.