KAHERAH: Fasa pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah, pada Selasa.
Misi membawa amanah rakyat Malaysia itu dimulai dengan 10 kontena yang keseluruhannya bernilai RM12 juta membabitkan 2,000 tan merangkumi barangan keperluan asas untuk rakyat Palestin.
Mewakili kerajaan, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, misi berkenaan dilakukan secara berperingkat dan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan serta antarabangsa.
"Ini menunjukkan satu komitmen solidariti rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan berusaha untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza.
"Ini umpama satu talian hayat kerana sekarang ini makanan terpaksa dicatu di Gaza dan satu kotak biasanya bertahan untuk seminggu.
"Tetapi dalam situasi peperangan, ia terpaksa dicatu untuk bertahan tiga minggu dalam situasi yang mencabar.
"Kita juga berharap di peringkat antarabangsa, masyarakat dunia akan memastikan bukan sahaja penghantaran bantuan diteruskan, tetapi satu penyelesaian untuk menghentikan keganasan yang berlaku dan pengiktirafan serta pembebasan yang adil buat rakyat Palestin," katanya kepada pemberita ketika pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia Ke Gaza, pada Selasa.
Pada Isnin, Astro AWANI melaporkan Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia ke Gaza menerima penambahan 10 lagi kontena menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 110 buah kontena yang akan dihantar ke enklaf terkepung itu.
Menurut ketua misi, Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, penambahan 10 kontena awal itu melibatkan 200 tan barangan keperluan asas yang akan dihantar melalui persimpangan Rafah ke utara Gaza yang kini berhadapan dengan kebuluran.
"Kuantiti keseluruhan barang sebanyak 30 buah yang melibatkan 15 jenis barangan asas seperti beras, tepung, minyak masak, tuna serta barangan kit kebersihan diri.
"Kesemua 110 kontena dengan nilai RM12 juta boleh memanfaatkan seramai 60,000 keluarga di Gaza," katanya kepada pemberita di Kaherah, pada Isnin.
KERAJAAN MAINKAN PERANAN AKTIF LANCARKAN MISI
Sementara itu, Nik Nazmi berkata, misi berkenaan merupakan yang keenam selepas kejayaan lima misi melalui Ops Ihsan yang dipimpin Wisma Putra sejak tercetusnya perang, pada 7 Oktober tahun lalu.
Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan agar setiap Kementerian perlu mengumpul dana, membuat kutipan dan mencari jalan untuk membantu masyarakat di Gaza.
"Setiap kali bantuan mahu merentas sempadan, Perdana Menteri sendiri mainkan peranan untuk berhubung dengan pihak-pihak tertentu bagi memastikan kelancaran misi dan ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan
"Insya Allah sokongan ini akan diteruskan kerana saya fikir rakyat Palestin sangat memerlukannya dan segala pembelian barangan keperluan itu dilakukan di Kaherah dan ditempatkan di dalam gudang untuk pembungkusan sebelum dibawa ke sempadan Rafah untuk memasuki Gaza," ujarnya.
Misi berkenaan merupakan inisiatif antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang akan bantu kelancaran menguruskan semua prosedur termasuk kemasukan barangan bantuan ke Rafah yang agak sukar dan ketat.
Misi kemanusiaan yang diketuai Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) itu turut dijayakan dengan kerjasama Iman Care Malaysia, Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia, Persekutuan Persatuan Islam New Zealand dan Yayasan Al-Khair United Kingdom.
Pada 23 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan pelepasan misi itu berkata, Malaysia komited membantu Gaza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi memudahkan proses penghantaran misi itu ke Gaza.
Perang di Gaza memasuki fasa kritikal dengan Israel kini telah menyerang Rafah sekali gus berisiko meningkatkan angka korban rakyat Palestin yang telah mencecah lebih 34,000 orang sejak 7 Oktober tahun lalu.
Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran mengenai krisis kelaparan dan kebuluran akibat kekurangan makanan dan keperluan asas selain penyakit berjangkit yang merebak akibat ketiadaan barangan kebersihan diri di Gaza.
Afiezy Azaman
Tue May 07 2024
Nik Nazmi (dua, kiri) ketika upacara pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia Ke Gaza, pada Selasa. -Foto ihsan Yapim
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Khazanah: Nisbah pelaburan di Malaysia akan kekal lebih 60 peratus
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan berkata, portfolio dana kekayaan berdaulat itu akan memastikan nisbah pelaburannya kekal melebihi 60 peratus di Malaysia. Pihaknya juga akan sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelaburan dengan sewajarnya untuk mencapai pulangan optimum berdasarkan pendedahan risiko semasa.
Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.
Bantuan kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Nik Nazmi berkata, misi dilakukan secara berperingkat dan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.