Ibu tunggal yang permohonannya untuk mendapatkan bantuan sekali gus (one off) sebanyak RM300 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang ditolak, boleh membuat permohonan semula sebelum 31 Okt ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata sejak permohonan dibuka Julai lepas, hanya 25,000 permohonan diluluskan dan selebihnya ditolak berikutan maklumat tidak lengkap seperti tidak mengemukakan surat perceraian dan dokumen kematian suami.
"Ibu tunggal di seluruh negara jangan mudah berputus asa apabila permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan Penjana ditolak, mereka masih berpeluang mengemukakan permohonan baharu dengan segera.
"Pemohon boleh merujuk kepada Jabatan Pembangunan Wanita di bawah kementerian bagi mendapat penjelasan mengenai status permohonan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Turun Padang kementerian itu di Dewan Serbaguna, Ladang Sungai Terah di sini hari ini.
Siti Zailah berkata Penjana menyasarkan untuk membantu 150,000 ibu tunggal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020

SITI ZAILAH: Ibu tunggal di seluruh negara jangan mudah berputus asa apabila permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan Penjana ditolak. - Bernama
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.