SEGAMAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir seluruh negara disegerakan.
Katanya, langkah itu bagi membolehkan mangsa banjir menggunakan wang berkenaan bagi membeli keperluan mereka dengan segera.
“Hari ini, sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang terkesan ekoran banjir di Johor, khususnya melibatkan daerah Segamat yang paling terjejas ketika ini," kata Ismail Sabri.
“Seperti yang saya umumkan wang ehsan ini mesti disalurkan segera. Diserahkan kepada mangsa dengan segera. Kalau boleh sebelum balik ke rumah masing-masing. Hari ini, saya difahamkan mereka (mangsa) akan balik dalam masa dua hari atau tiga hari lagi tetapi kita beri mulai hari ini," katanya.
SEMUA MAKLUMAT BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Kampung Tandong, di sini, hari ini.
Katanya, sumbangan berkenaan diperuntukkan oleh kerjaan negeri dan kerajaan pusat
Bantuan berupa baucar turut akan diagihkan kepada mangsa
Bagi membiayai pembelian barangan elektronik yang terjejas ekoran banjir.
Di samping itu, beliau turut akan menyalurkan bantuan RM5,000 kepada isi rumah bagi membiayai urusan membaik pulih rumah yang musnah akibat bencana banjir.
Menurutnya, pihaknya akan turut memberi jaminan rumah-rumah yang musnah sepenuhnya pada banjir ini akan digantikan dengan yang baharu.
BACA: Banjir: Peruntukan RM5 juta naik taraf ban di Kampung Spang Loi - PM
Terdahulu, Ismail Sabri turut berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menaik taraf ban di Kampung Spang Loi, dekat sini, bagi menangani isu banjir di kawasan ini dan sekitarnya.
Ban itu perlu segara dinaik taraf bagi mengelak kejadian banjir di daerah ini pada masa depan, tambahnya.
"Hari ini saya mendengar pembentangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaklumkan kalau kita nak mengelakkan banjir yang berlaku di Segamat ini, memerlukan kita membina (menaik taraf) ban supaya dapat dinaikkan ketinggian.
Astro Awani
Tue Jan 04 2022

Mohd Ali Saharuddin (depan, kiri) mengharungi banjir separas betis ketika menenami isterinya, Nor Shamira Aminuddin (depan kanan) untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan bagi ibu mengandung di Klinik Desa Gemas Baru, Segamat pada 2 Jan. - fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Banjir: Polis cadang tempatkan lima bot bagi setiap IPD
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menempatkan lima bot bagi setiap 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai tindak balas segera sekiranya berlaku bencana banjir.

UMNO cadang sidang khas Parlimen mengenai banjir
Sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir perlu diadakan bagi membolehkan wakil rakyat mengutarakan pandangan dan melontarkan cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana.

Banjir: Ibu bapa buntu kelengkapan sekolah anak musnah
Perasaan lega ibu bapa di Kota Marudu yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan yang bermula 10 Jan depan bertukar buntu setelah semuanya rosak.

"Belum tiba masa bincang rombakan Kabinet" - PM
Perdana Menteri berkata, fokus pada ketika ini seharusnya tertumpu kepada bencana banjir dan pandemik COVID-19.

Tarikh PAU 2021 diputuskan pada 12 Januari
Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir seluruh negara perlu disegerakan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir seluruh negara disegerakan.

Belum hilang penat, penduduk Raub diuji banjir gelombang kedua
Belum pun hilang penat membersihkan rumah daripada kesan banjir, penduduk Kampung Ulu Sungai di Raub, diuji sekali lagi dengan gelombang kedua banjir pada hari pertama tahun baharu.

Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus berkurangan, Melaka kekal
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan terus mencatatkan penurunan dengan beberapa lagi pusat pemindahan sementara ditutup, dan di Melaka kekal dengan jumlah sama.

"Hanya ingat mati ... empat jam saya junjung bayi dalam kotak" - Mangsa banjir
Terperangkap dalam rumah bersama bayi berusia enam bulan, ibu ini terpaksa apungkan bayinya dalam kotak selama empat jam.

Minggu yang sedih ... letih buat mangsa banjir
Berbekalkan kudrat dan semangat yang masih berbaki, mangsa banjir di Kampung Tengah, Puchong terus tabah menempuhi liku-liku kehidupan pascabanjir.