KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil langkah kembali ke masa lampau untuk mengenal pasti langkah terbaik untuk menangani masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak.
Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir berkata, kewujudan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030 yang diluluskan kerajaan baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik, namun, pelaksanaannya bukan perkara mudah.
Katanya, apa yang harus dilakukan kini adalah mencari jalan untuk memahami situasi dan persekitaran kanak-kanak ini yang kebanyakannya berasal dari keluarga tidak berkemampuan.
"Saya tidak pasti sejak bila kita tergelincir daripada landasan. Kalau diikutkan kita ada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah tetapi isu ini lebih serius kerana belum masuk sekolah pun mereka sudah tak dapat susu dan makanan berkhasiat.
"RMT bermula masa umur 7 tahun, bermakna mereka bantut sebelum masuk sekolah. Kerana itu kita kena patah balik, lihat 1,000 hari pertama mereka.
"Kerajaan kena lihat cara, macam mana mereka boleh 'masuk' dalam keluarga kurang berkemampuan ini, bagaimana mereka boleh bantu pada tiga tahun pertama atau lima tahun pertama," katanya ketika diwawancara dalam Buletin AWANI pada Ahad.
Tambahnya, penyelesaian dalam kadar segera diperlukan, antaranya melihat semula faktor harga susu formula di pasaran yang begitu tinggi sehingga menyukarkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan sumber nutrien sihat untuk anak-anak mereka.
"Jawatankuasa harus kaji balik kenapa kita benarkan pasaran yang menentukan harga susu formula. Kita berada di ambang krisis, daripada 17 peratus kes bantut sekarang naik kepada 21 peratus. Ia jumlah yang besar.
"Jadi harus ada mekanisme untuk semak dan imbang semula harga harga susu formula, letakkan harga harga yang berpatutan.
"Satu lagi cara lain ialah pemberian baucer kepada keluarga-keluarga ini sebab kita tahu anak-anak ini lahir di hospital kerajaan, kerajaan tahu mereka datang dari golongan dan kumpulan mana, boleh diberikan baucer atau kad dari Kementerian Kesihatan bagi membolehkan mereka datang ke ke hospital untuk mengambil susu,"jelasnya.
Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak di Malaysia dalam mesyuarat pertamanya baru-baru ini, meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030.
Jawatankuasa khas itu dianggotai Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengkaji penyebab peningkatan kadar bantut yang tinggi melibatkan faktor pemakanan, persekitaran dan kemudahan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak mencatatkan peningkatan dari 17 peratus pada 2015 kepada 21.8 peratus pada 2019.
Madiha Abdullah
Sun Jul 03 2022

Harga susu formula yang mahal antara punca bantut dalam kalangan kanak-kanak. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

KPDN minta laporan pengusaha susu formula berhubung dakwaan kenaikan harga
KPDN meminta supaya semua pengusaha susu formula di negara ini untuk menyediakan laporan berkaitan kenaikan harga bahan berkenaan dalam tempoh enam bulan.

Bantut: Fahami situasi, kaji punca harga tinggi susu formula
Apa yang harus dilakukan kini adalah mencari jalan untuk memahami situasi dan persekitaran kanak-kanak ini yang kebanyakannya berasal dari keluarga tidak berkemampuan.

Abbott tarik balik dua jenama susu formula daripada pasaran Malaysia
Dua jenama susu formula keluaran Abbott iaitu Alimentum dan Human Milk Fortifier yang dikilangkan di Sturgis, Michigan, AS telah ditarik balik daripada pasaran di Malaysia.

Bahaya kalau bayi terlebih minum air masak? Ini sebabnya
Bolehkah bayi minum air putih? Sudah tentu boleh, namun ibu harus menunggu si manja mencapai usia yang disarankan atau terdapat risiko yang boleh dialami mereka.

Maqis Johor rampas 24,925kg susu formula dari Amerika Syarikat
Sebuah kontena membawa 997 beg susu formula didapati mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dengan nombor siri pada labelnya.

Terpaksa beri anak menyusu air teh, penduduk gesa SOP PKPD dipermudah
Penduduk berang kerana syarat dikenakan untuk membeli barang dapur dilihat tidak relevan.

Kesedaran semakin tinggi terhadap kebaikan susu ibu
Susu ibu adalah satu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat kerana ia bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi.

Tak sampai sebulan, budak 2 tahun kembali ketagih rokok
Tidak sampai sebulan selepas kunjungan itu, Rapi dikatakan masih tidak dapat menghilangkan ketagihan tersebut.

Susu formula buatan Malaysia dikesan tercemar di Singapura
Antara simptom yang dihidapi ialah demam panas, hilang selera makan atau keletihan melampau.

Perancis buka kertas siasatan susulan kes pencemaran susu bayi
Siasatan itu memfokuskan pelbagai dakwaan antaranya menyebabkan kecederaan tanpa sengaja, membahayakan nyawa dan unsur penipuan.