SHAH ALAM: Kejadian kebakaran di premis Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, di sini, pada Ahad turut melibatkan kerosakan barangan jualan persiapan Ramadan dan hari raya pada tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, insiden kebakaran itu membabitkan bangunan lima dan tiga tingkat seluas 80,000 kaki persegi dan dianggarkan menelan kerugian berjumlah ratusan juta ringgit.
Katanya, punca sebenar kejadian setakat ini masih belum diketahui.
“Selain premis, barangan jualan untuk persiapan Ramadan dan hari raya tahun ini turut hangus. Buat sementara ini, operasi perniagaan akan tergendala dan kita merancang mencari tapak perniagaan baharu di sekitar Shah Alam.
“Buat masa ini, para pelanggan diminta berkunjung ke Jakel Bangi, Jakel Bandar Tun Hussein Onn atau Jakel Mall Kuala Lumpur bagi mendapatkan barang keperluan seharian dan Hari Raya tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mohamed Faroz berkata, meskipun premis itu tidak beroperasi seperti biasa, nasib lebih 500 kakitangan di gedung berkenaan tidak akan diabaikan.
“Jakel akan tetap membayar gaji semua kakitangan kami di sini, itu adalah komitmen saya kepada mereka,” ujarnya,
Pada masa sama, beliau turut melahirkan penghargaan terhadap bomba yang bertungkus-lumus memadam kebakaran dan polis yang turut mengawal keadaan keselamatan di kawasan sekitar premis berkenaan.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan kebakaran berkenaan dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Menurut beliau, polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 7 pagi dan anggota polis bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan keselamatan di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 01 2023

Mohamed Faroz dalam kenyataan pada Ahad berkata, meskipun premis Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 itu tidak beroperasi seperti biasa, nasib lebih 500 kakitangannya tidak akan diabaikan. = Foto Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Wisma Jakel terbakar: Bomba gerakkan pasukan siasat kebakaran berulang
Pasukan penyiasat bomba telah mengerakkan pasukan bagi menyiasat kebakaran berulang di tingkat 3 bangunan bersebelahan Jakel Shah Alam awal pagi ini.

Barangan jualan persiapan Ramadan, Hari Raya Jakel turut hangus
Insiden kebakaran itu membabitkan bangunan lima dan tiga tingkat seluas 80,000 kaki persegi.