KUALA LUMPUR: Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.
Kunjungan julung kali sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas, turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pengarah PDRM.
"Pertemuan yang diadakan hampir dua jam itu membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara," demikian menurut hantaran di laman rasmi Facebook PDRM.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan kepimpinan PDRM yang diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. - Gambar Facebook Polis Diraja Malaysia
Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.
Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
[TERKINI Mayat mangsa nahas helicopter dekat Bentong dibawa keluar
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego
PELAKON Linda Hashim nekad untuk meneruskan penceraiannya dengan Beego dan sedar bahawa mereka tidak dapat rujuk kembali selepas talak kali ketiga dijatuhkan.
[TERKINI] Keterangan 3 selebriti selesai direkod
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky baru-baru ini.
Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara
Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan selepas sebahagian daripada bumbung premis itu runtuh lewat malam tadi.
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
Barisan kepimpinan PDRM lakukan kunjungan hormat ke atas PM
Pertemuan hampir dua jam itu membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara.