TAIPING: Bas elektrik (EV) yang sepatutnya dijadual beroperasi di Bandar Warisan Taiping pada April tahun ini terpaksa ditunda ke September ekoran kerosakan komponen elektrik pada bas berkenaan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata kerosakan itu dikesan semasa kenderaan itu hendak dibawa bagi tujuan pemeriksaan di Puspakom.
"Oleh kerana bas itu lama diletakkan di dalam stor di Cyberjaya didapati berlaku kerosakan pada komponen elektrik dan pihak perunding yang dilantik oleh Jepun telah datang untuk membuat pemeriksaan dan pembaikan serta mendapatkan alat ganti yang dijangka siap sebelum Julai ini," katanya dalam sidang media pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan MPT di sini pada Selasa.
Khairul Amir berkata bas itu mempunyai kapasiti 22 tempat duduk dan satu tempat duduk Orang Kurang Upaya (OKU) menggunakan tenaga elektrik dalam memastikan kelestarian alam dan bandar bersih.
Bas EV itu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya sumbangan daripada kerajaan Jepun melalui Japan International Cooperation Agency (JICA) kepada MPT dan ia akan digunakan sebagai bas pelancong khusus untuk lingkaran laluan membabitkan laluan di 33 Jejak Warisan sejauh 11.5 kilometer (km).
Pada Disember tahun lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata pihak MPT dalam peringkat akhir untuk melaksanakan penggunaan bas elektrik di lingkaran jejak warisan Taiping yang akan diusahakan oleh pihak majlis sendiri dengan tujuan menjadi pemangkin kepada pelancongan warisan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Bas itu mempunyai kapasiti 22 tempat duduk dan satu tempat duduk Orang Kurang Upaya (OKU) menggunakan tenaga elektrik dalam memastikan kelestarian alam dan bandar bersih. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.

Komitmen global GVT ke arah kelestarian alam
Bagi memperkasa sektor tenaga hijau negara, syarikat pengedar kenderaan EV tempatan, Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd (GVT) mengorak langkah menguasai pasaran bas elektrik.

Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei
Bas elektrik (EV) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan beroperasi bagi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini.

Sabah lancar projek perintis bas elektrik, percuma kepada orang awam
e-BusKK dengan kapasiti sehingga 54 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga tua dan OKU atas kerusi roda.

Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050
DBKL telah membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh daripada pengeluar bas, SKSBus, yang akan diperolehi secara berperingkat.

Sabah lancar projek rintis bas elektrik hujung tahun ini
Ia akan menjadi alternatif yang berdaya maju dan memastikan pengangkutan awam negeri berada di landasan yang betul.

Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini
Di bawah projek itu, WHS yang juga cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah, dijangka menerima 100 hingga 200 unit bas elektrik tersebut.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Medan Quantum labur RM20 juta bagi projek pembuatan bas elektrik
Pelaburan itu akan digunakan untuk menghasilkan prototaip, membeli robot (robotic arms) , komputer dan mesin berteknologi tinggi

Bas hidrogen di Kuching bukan mimpi, tapi realiti
Penggunaan bas elektrik dan hidrogen di Sarawak bukan sekadar mimpi kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.