KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar negeri melakukan pelbagai usaha meningkatkan peluang ekonomi terutama kepada penduduk luar bandar bagi membasmi kemiskinan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Beliau berkata inisiatif itu termasuk pembinaan enam Pusat Pembangunan dan Latihan Keusahawanan sebagai pusat kemahiran masyarakat iaitu di Sipitang, Ranau, Semporna, Menumbok, Matunggong dan Kota Kinabalu.
"Selain itu, pembinaan 11 Pusat Keusahawanan Desa (PKD) yang dilengkapi dengan bangunan bengkel dan peralatan mesin di Beluran, Kota Belud, Kudat, Pitas, Lahad Datu, Ranau, Matunggong, Nabawan, Penampang, Keningau dan Kuala Penyu.
"PKD ini bertujuan untuk membuka peluang kepada golongan usahawan bawah bimbingan kementerian meningkatkan pengeluaran produk dan mengembangkan perniagaan mereka," katanya mengulung perbahasan Usul Ucapan Terima Kasih Kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin Atas Ucapan Dasar Kerajaan Negeri melibatkan kementeriannya pada persidangan itu.
Jahid berkata kementeriannya juga merangka program keusahawanan berasaskan pertanian seperti penanaman sacha inchi dan pisang sabadi di Ranau dan program penternakan burung walit secara bersasar di Pitas dan daerah kecil Banggi.
Kursus kemahiran turut dilaksanakan kepada masyarakat luar bandar, selain Program Satu Daerah Satu Produk, Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Aktiviti Ekonomi Tambahan sebagai aktiviti tambahan kepada peserta MESEJ serta golongan eKasih yang bukan peserta MESEJ.
"Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif bertujuan membekalkan air bersih di kawasan kampung terpencil dan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif," katanya.
Beliau berkata setakat 24 April tahun ini sebanyak 1,445 unit rumah melibatkan 73 kawasan DUN telah siap dan 776 unit telah diserahkan kepada penerima di bawah program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024

Datuk Jahid Jahim berkata usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah. - Gambar fail

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.

STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.

Majoriti miskin tegar Sabah berumur lebih 64 tahun
Majoriti golongan miskin tegar berdaftar dalam sistem eKasih di Sabah melebihi kumpulan umur produktif iaitu lebih 64 tahun.

Menteri Sabah pengsan ketika berucap, kini dilaporkan stabil
Anggota Dewan Undangan Negeri Tamparuli itu dipercayai mengalami keletihan melampau.

Kurang sihat ketika berucap, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dihantar ke hospital
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim telah dimasukkan ke hospital daerah Pitas selepas beliau didapati kurang sihat ketika sedang berucap di Pitas.

Kombinasi muka baharu, lama dalam Majlis Tertinggi PBS
Penstrukturan semula kepimpinan parti baru-baru ini merupakan sebahagian daripada usaha Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk meremajakan parti.

Jahid dilantik Timbalan Presiden, Joniston Setiausaha Agung PBS
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS).

GRS tumpu usaha mentadbir dan membangun negeri
Hajiji telah mengusahakan yang terbaik dalam memberikan kesamarataan kerusi kabinet kepada parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah GRS.

Hajiji pengerusikan mesyuarat Kabinet Sabah pertama
Selain beberapa isu pokok seperti penstrukturan pentadbiran, mesyuarat dijangka turut membincangkan situasi semasa COVID-19.

Kenyataan Duta Filipina tidak berasas, Sabah sebahagian daripada Malaysia - Wisma Putra
Menurut Wisma Putra, Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayani sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.