KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa 1 bagi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 Sept, 2021 bagi penerima B40 dan 9 Sept, 2021 bagi penerima M40, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata peruntukan itu melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion serta memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 4.5 juta individu bujang.
"Secara keseluruhannya, inisiatif bantuan tunai ini dijangka memanfaatkan hampir 10 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
"Bayaran BKC ini dijadualkan pada September, November dan Disember 2021," katanya semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-66 menerusi laman Facebook beliau, di sini, hari ini.
Tengku Zafrul juga memberitahu Program Jaringan Prihatin yang kini dilanjutkan sehingga 30 September telah ditambah baik dengan penambahan RM500 juta di bawah Pakej PEMERKASA menjadikan nilainya sebanyak RM2 bilion.
"Selain itu syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion, dan Ini menjadikan faedah keseluruhan Program Jaringan Prihatin berjumlah RM3.5 bilion," katanya.
Menurutnya, semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) juga layak menyertai Program Jaringan Prihatin dan mendapat subsidi pelan data bulanan ataupun subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.
"Setakat 20 Ogos, subsidi bernilai rm412.6 juta telahpun berjaya dimanfaatkan oleh 3.1 juta penerima BPR," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata keyakinan dalam transformasi digital adalah berasaskan peningkatan fokus kerajaan untuk mengukuhkan dan meningkatkan rangkaian telekomunikasi asas dengan adanya peruntukan khusus sebanyak RM9.4 bilion dalam Belanjawan 2021 yang merangkumi sektor pendidikan, pekerjaan dan transformasi digital.
Ini turut disokong oleh Rancangan Infrastruktur Digital Nasional Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang juga memperuntukkan dana untuk meningkatkan kesalinghubungan digital di sekolah di seluruh negara sebagai usaha menyokong peralihan pembelajaran dalam talian serta memberikan pengalaman jalur lebar yang lebih baik dan untuk mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G, katanya.
"Selain itu terdapat juga rancangan di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia( MDEC) seperti penyediaan program latihan dan kemahiran semula untuk memudahkan peralihan tenaga kerja ke dalam industri ICT dan skim geran berkaitan pendigitalan.
"Langkah-langkah ini tidak hanya menyokong peningkatan hubungan digital tetapi juga mewujudkan masyarakat digital yang lebih inklusif memacu aktiviti perniagaan yang dapat meningkatkan peluang Malaysia untuk menjadi hub digital serantau di era revolusi perindustrian keempat," kata Tengku Zafrul.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Tengku Zafrul berkata, peruntukan itu melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion serta memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 4.5 juta individu bujang. - Gambar fail
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
agenda 9pm 0502
Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PPZ-MAIWP sedia Bantuan Khas COVID-19
PPZ-MAIWP melihat ruang bantuan-bantuan lain bagi golongan tercicir yang bukan asnaf sedia ada tetapi perlu diberi perhatian.