KUALA LUMPUR: Jumlah tambahan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) sebanyak RM500 yang diumumkan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) PLUS akan dibayar mulai hari ini secara berperingkat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata ini merupakan tambahan daripada RM1,000 yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka yang didaftarkan dalam sistem GKP pada pertengahan Jun 2021.
"Pembayaran yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM500 juta ini akan dikreditkan terus ke akaun bank mereka.
"Seterusnya, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021, bayaran tambahan GKP 4.0 akan disalurkan kepada penerima GKP sedia ada dan penerima baharu pada September 2021 dan November 2021, masing-masing sebanyak RM500," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai 2021.
Secara keseluruhan, katanya jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir satu juta PKS mikro di bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.
Katanya kerajaan berharap bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada masa ini.
"Selain daripada GKP, banyak lagi inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh PKS mikro sepenuhnya sebagai persediaan untuk perancangan jangka panjang ke arah pemulihan perniagaan masing-masing.
"Ini termasuklah dana pinjaman mudah PKS mikro yang keseluruhannya berjumlah RM2.9 bilion melalui Bank Simpanan Nasional, Agrobank, MARA, SME Corp, YAPEIM dan TEKUN," katanya.
Peruntukan dana pinjaman mudah bagi PKS dan PKS mikro juga tersedia di bawah Bank Negara Malaysia berjumlah RM8.6 bilion dan jumlah ini termasuk dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui PEMERKASA Tambahan dan RM2 bilion lagi menerusi PEMULIH.
Maklumat lanjut mengenai dana ini dan bantuan kerajaan lain boleh didapati di https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
Tengku Zafrul berkata bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai 2021. - Gambar fail
Polis tahan suspek kedua terlibat insiden tikaman Saif Ali Khan
Selain luka berhampiran tulang belakang, Saif turut cedera di bahagian leher dan tangan.
Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.
ASEAN 2025 | 20 Jan
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia gesa pasukan petugas jenayah siber ASEAN mirip Interpol
2. ASEAN jadikan Australia rakan dialog baharu sektor pelancongan
3. Presiden Indonesia mohon maaf berhubung kelewatan bantuan makanan
1. Malaysia gesa pasukan petugas jenayah siber ASEAN mirip Interpol
2. ASEAN jadikan Australia rakan dialog baharu sektor pelancongan
3. Presiden Indonesia mohon maaf berhubung kelewatan bantuan makanan
Datuk bandar China, ASEAN bincang keterbukaan bandar, kerjasama
Datuk Bandar, wakil dan pakar dari China dan negara-negara ASEAN berkumpul di Nanning, China untuk membincangkan mengenai keterbukaan dan kerjasama bandar pada satu dialog yang dirasmikan minggu lalu.
Malaysia gesa tubuh pasukan petugas mirip INTERPOL
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penubuhan sebuah pasukan petugas jenayah siber bagi menangani ancaman siber di rantau ASEAN.
Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.
ASEAN tampil beberapa konsensus pertingkat pelancongan
Lintas langsung bersama Wartawan Syaff Shukri yang membawakan perkembangan dan rangkuman ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 dari Johor Bahru.
Pantau Agenda Reformasi: Trump angkat sumpah, apa nasib Palestin?
Ikuti ulasan Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim mengenai jangkaan terhadap situasi di Gaza susulan Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Prabowo minta maaf kelembapan program makanan percuma
Presiden Indonesia, meminta maaf kepada penerima program makanan percuma di negara itu kerana kelembapan pengedaran makanan seperti yang dirancang.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP semakin hampir ambil alih MAHB
Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) mengurangkan syarat penerimaan tawarannya kepada 85 peratus daripada jumlah saham terbitan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Bayaran GKP bagi PKS mikro akan mula dibayar Khamis ini - Tengku Zafrul
Geran Khas Prihatin (GKP) bagi pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang rayuan mereka diluluskan akan mula dibayar mulai Khamis ini.
Pendaftaran PKS mikro untuk GKP sehingga 15 Mei - Abdul Rahim
PKS mikro mempunyai tempoh sehingga 15 Mei ini untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara dalam talian bagi mendapatkan kemudahan Geran Khas Prihatin (GKP).