KUALA LUMPUR: Jumlah tambahan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) sebanyak RM500 yang diumumkan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) PLUS akan dibayar mulai hari ini secara berperingkat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata ini merupakan tambahan daripada RM1,000 yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka yang didaftarkan dalam sistem GKP pada pertengahan Jun 2021.
"Pembayaran yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM500 juta ini akan dikreditkan terus ke akaun bank mereka.
"Seterusnya, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021, bayaran tambahan GKP 4.0 akan disalurkan kepada penerima GKP sedia ada dan penerima baharu pada September 2021 dan November 2021, masing-masing sebanyak RM500," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai 2021.
Secara keseluruhan, katanya jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir satu juta PKS mikro di bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.
Katanya kerajaan berharap bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada masa ini.
"Selain daripada GKP, banyak lagi inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh PKS mikro sepenuhnya sebagai persediaan untuk perancangan jangka panjang ke arah pemulihan perniagaan masing-masing.
"Ini termasuklah dana pinjaman mudah PKS mikro yang keseluruhannya berjumlah RM2.9 bilion melalui Bank Simpanan Nasional, Agrobank, MARA, SME Corp, YAPEIM dan TEKUN," katanya.
Peruntukan dana pinjaman mudah bagi PKS dan PKS mikro juga tersedia di bawah Bank Negara Malaysia berjumlah RM8.6 bilion dan jumlah ini termasuk dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui PEMERKASA Tambahan dan RM2 bilion lagi menerusi PEMULIH.
Maklumat lanjut mengenai dana ini dan bantuan kerajaan lain boleh didapati di https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021

Tengku Zafrul berkata bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai 2021. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Bayaran GKP bagi PKS mikro akan mula dibayar Khamis ini - Tengku Zafrul
Geran Khas Prihatin (GKP) bagi pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang rayuan mereka diluluskan akan mula dibayar mulai Khamis ini.

Pendaftaran PKS mikro untuk GKP sehingga 15 Mei - Abdul Rahim
PKS mikro mempunyai tempoh sehingga 15 Mei ini untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara dalam talian bagi mendapatkan kemudahan Geran Khas Prihatin (GKP).