KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada ayah bayi itu yang berusia 26 tahun, pada 7.36 malam.
Beliau berkata pengadu yang bekerja sebagai pemandu e-hailing memaklumkan, semasa hendak mengambil anaknya di pusat asuhan itu, seorang guru atau pengasuh mendakwa anaknya telah diperlakukan dengan kasar oleh seorang guru lain ketika disuap makan sambil ditarik rambut serta dipicit hidungnya sehingga mengakibatkan hidung bayi itu mengalami kecederaan.
"Oleh sebab tidak berpuas hati dengan layanan dan perbuatan guru berkenaan, pengadu telah memberhentikan anaknya daripada dihantar ke pusat asuhan itu.
"Hasil pemeriksaan dan rawatan yang dibuat terhadap anak pengadu (mangsa) di sebuah hospital, pegawai perubatan mengesahkan anak pengadu mengalami soft tissue injury. Sehubungan dengan itu, pengasuh terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut juga mendapati pusat asuhan berkenaan telah beroperasi hampir tiga bulan tetapi dipercayai masih belum mempunyai lesen pengoperasian yang sah.
Mohd Zaid berkata ketika ini, terdapat sembilan kanak-kanak di pusat asuhan itu dan tiga penjaga atau pengasuh merangkap guru di situ.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
"Siasatan lanjut masih dijalankan sebelum kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan nasihat lanjut," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Insp Muaz Mazlan melalui talian 017-9788804 daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024
![Bayi cedera di muka disyaki didera pengasuh Bayi cedera di muka disyaki didera pengasuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715759753_ShadowHand.jpg)
Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Sabtu lepas. - Foto hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Bayi perempuan 15 bulan maut tercampak ke dalam tali air Bayi perempuan 15 bulan maut tercampak ke dalam tali air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Bayi perempuan 15 bulan maut tercampak ke dalam tali air
Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan maut selepas tercampak ke dalam tali air dalam kejadian di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok, semalam.
![Isteri MK K-Clique selamat lahirkan cahaya mata perempuan Isteri MK K-Clique selamat lahirkan cahaya mata perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722753921_mkkclique.jpg)
Isteri MK K-Clique selamat lahirkan cahaya mata perempuan
Berita gembira itu itu dikongsikan oleh MK di Instagram miliknya yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya itu.
![Bayi cedera di muka disyaki didera pengasuh Bayi cedera di muka disyaki didera pengasuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715759753_ShadowHand.jpg)
Bayi cedera di muka disyaki didera pengasuh
Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Sabtu lepas.
![JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716805627_bayiperempuan.jpg)
JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak
Bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.
![Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714197477_UqashaBersalinUq.jpg)
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
![Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712974170_kemalangan.jpg)
Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.
![Bayi cukup sifat ditinggalkan di tangga pangsapuri Bayi cukup sifat ditinggalkan di tangga pangsapuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710953691_BuangBayi.jpg)
Bayi cukup sifat ditinggalkan di tangga pangsapuri
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Daya, pada 11 Mac lepas.
![Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’ Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706526235_agongYDPAsabah.jpg)
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
![Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704643519_Pelajartahfizjumpa.jpg)
Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis
Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi.
![JKM kesan ibu kandung bayi perempuan JKM kesan ibu kandung bayi perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690790070_GenericBaby.jpg)
JKM kesan ibu kandung bayi perempuan
Menurut JKM, bayi itu ditinggalkan ibunya, Wan Azlina Wan Mohamad ketika mendapatkan rawatan di HUSM.