MANJUNG: Bayi lelaki berusia 14 hari maut, manakala enam individu lain termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas terlibat dalam kemalangan dua kenderaan di Kampung Gelung Gajah, Bakar Bata di Ayer Tawar, Manjung.
Difahamkan kemalangan membabitkan Perodua Kancil yang dinaiki bayi berkenaan bersama lima individu, iaitu ibu bapanya, dan tiga kanak-kanak lelaki berusia antara dua hingga sembilan tahun.
Seorang lagi yang cedera ialah pemandu lori sekitar usia 50 tahun yang memandu dari arah Ayer Tawar menghala ke Beruas.
Difahamkan, nahas berlaku selepas kereta itu melanggar dua ekor lembu sebelum masuk ke laluan bertentangan seterusnya bertembung dengan lori membawa muatan tanah berkenaan.
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 pagi sebelum bergegas ke lokasi.
Katanya, anggota bomba mendapati lelaki dan tiga kanak-kanak sudah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.
Jelasnya, penumpang hadapan kereta iaitu wanita didapati tersepit, sementara bayi lelaki disahkan maut di lokasi oleh pihak perubatan.
"Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.
"Ketika itu bayi itu sudah dikeluarkan dari kenderaan.
"Mayat bayi diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, operasi tamat pada 7.58 pagi," jelasnya.
Aida Aziz
Wed Nov 03 2021

Penumpang hadapan kereta iaitu wanita didapati tersepit, sementara bayi lelaki disahkan maut di lokasi oleh pihak perubatan. - JBPM

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.

Bayi 19 hari maut, kakak koma, kereta dipandu ibu terbabas
Ibu mangsa yang berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan bersama lima orang anaknya dari arah Jalan Inas menghala ke Kampung Batu, Rembau.

Bayi kelima maut di bumi Gaza akibat cuaca sejuk melampau
Tragedi berlaku ketika ribuan keluarga terus bertahan dalam khemah sementara di Deir al-Balah akibat genosid yang sedang berlangsung.

Keluarga bayi mati di pusat jagaan cadang ambil tindakan undang-undang jika ada unsur kecuaian
Keluarga bayi lelaki yang meninggal dunia di Kota Bharu bercadang ambil tindakan undang-undang jika ada unsur kecuaian.

Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.

Bayi lapan bulan mati disumbat botol susu, ditekup bantal oleh pengasuh
"Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami."

Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.

Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat atas kondominium
Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, pada Sabtu.

Ibu didakwa abai, anak dua tahun maut dalam kereta
Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang maut setelah berada lebih tujuh jam dalam kereta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.

Bayi empat bulan maut tersedak susu di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berumur empat bulan yang dirawat kerana disyaki tersedak susu dalam kejadian pada Selasa, disahkan meninggal dunia pada Rabu.