Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut manakala bapanya cedera parah setelah kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM41 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Tong di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10.10 pagi itu, Nurul Akma Azmi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya manakala bapanya Azmi Mat, 47, cedera parah di kaki kanannya selain dua lagi anggota keluarga mereka cedera ringan.
Kereta yang dipandu Azmi dikatakan bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dipandu Muhammad Amirullah Ramlan, 21, dari arah Kuala Terengganu.
Muhammad Amirullah cedera parah pada kaki kanannya selain patah tulang rusuk manakala enam lagi anggota keluarganya cedera ringan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu DSP Idris Mohamad ketika dihubungi Bernama hari ini, mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata mayat Nurul Akma dibawa ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat dan kesemua mangsa lain turut dirawat di hospital itu.
Bernama
Sun Jul 19 2015
Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut manakala bapanya cedera parah setelah kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM41 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu pagi tadi. -Foto Facebook Mohd Aidil Fazhar
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menonton Pahang lawan Kedah
Seorang lelaki warga emas tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika perlawanan Piala FA antara Pahang menentang Kedah, malam tadi.
Bayi lima bulan maut, bapa parah dalam kemalangan di Setiu
Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut manakala bapanya cedera parah setelah kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM41 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu pagi tadi.