PETALING JAYA: Kemeriahan suasana membeli juadah berbuka puasa akan mewarnai semula lapan stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) sepanjang Ramadan ini bermula Selasa depan.
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datin Norlia Noah berkata Bazar Ramadan dalam norma baharu tersebut melibatkan stesen LRT Putra Height, Glenmarie, Kelana Jaya, Pandan Indah, Cempaka, Damai, Gombak dan Bangsar.
Beliau berkata selain memberi platform kepada peniaga kecil menjana pendapatan, Bazar Ramadan yang diwujudkan di ruangan parkir dan jejantas itu, diharap memudahkan warga kota yang berkejar dari tempat kerja untuk membeli makanan berbuka puasa di rumah.
"Hampir 300 tapak akan dibuka melibatkan lapan stesen dengan kapasiti berbeza, iaitu sekitar 30 hingga 70 tapak, dan setakat ini permohonan masih dibuka untuk peniaga yang berminat menyertainya di Putra Height," katanya dalam sidang media sempena pelancaran Kempen Rapid KL Support Lokal 2.0 di sini hari ini.
Rapid KL Support Lokal 2.0 merupakan kesinambungan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilancarkan tahun lalu, bertujuan membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan COVID-19.
"Di bawah kempen berkenaan, pasukan media sosial Prasarana telah membuat promosi secara agresif dan percuma kepada lebih 15 peniaga kecil di media sosial Rapid KL, yang berjaya menghasilkan 2.3 juta 'social media engagement reach' dengan lebih RM800 ribu 'PR value',
"Selain itu, lebih 1,000 peniaga dalam talian telah mengambil bahagian dan kesempatan untuk menguar-uarkan perniagaan mereka dalam bebenang promosi dan 'Instastory' yang dicipta oleh pasukan media sosial kumpulan Prasarana sepanjang tempoh lapan bulan kebelakangan ini," katanya.
Norlia berkata, edisi kedua inisiatif berkenaan diharap dapat menghasilkan impak dan penglibatan yang lebih besar daripada media massa, bagi membantu lebih banyak pemilik perniagaan termasuk pengusaha makanan dalam talian yang beroperasi dari rumah.
Terdahulu, sebanyak 10 peniaga yang menyertai 'Rapid KL Support Lokal 2.0' di LRT Lembah Subang mempamerkan produk makanan mereka, antaranya Dapur Hasnah, Pak Syed Nasi Kuning, Strawberry Shots, Botoi Teh Thai, Sky Pastries dan Kantin Pramugara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
Bazar Ramadan dalam norma baharu tersebut melibatkan stesen LRT Putra Height, Glenmarie, Kelana Jaya, Pandan Indah, Cempaka, Damai, Gombak dan Bangsar. - Gambar hiasan
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Operasi memburu penyerang Saif Ali Khan masuk hari ketiga
Rakaman CCTV memaparkan kelibat suspek , sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.
Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis
Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.
Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT
Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.
Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.