GEORGE TOWN: Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat untuk acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride pada 8 Jan (Ahad) ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee berkata jarak kayuhan basikal untuk program itu adalah sejauh 66 kilometer dan jalan-jalan yang terlibat akan ditutup bermula 6.30 pagi hingga 1 tengah hari.
"Acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride anjuran kerajaan negeri bersama Kelab Berbasikal G Club dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melibatkan tempat pelepasan serta tempat penamatan di Persiaran Bayan Indah 2 (berhadapan Queens Waterfront)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Soon berkata memandangkan acara kayuhan berbasikal akan melibatkan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, laluan sehala akan ditutup dengan sepenuhnya pada masa yang tertentu sahaja untuk memberi laluan kepada peserta kayuhan.
"Bagi Jambatan Pulau Pinang iaitu dari arah bahagian Pulau ke Seberang Perai sahaja waktu penutupan adalah dari 6.30 pagi hingga 9 pagi manakala bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari arah Batu Kawan ke Batu Maung sahaja waktu penutupan adalah dari 9 pagi hingga 12 tengah hari," katanya.
Beliau berkata Penang Fellowship Ride telah menarik 2,500 penyertaan termasuk peserta dari Singapura, Australia dan Jepun serta Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak juga akan mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal itu.
"Para peserta diingatkan untuk memakai jersi rasmi yang dibekalkan oleh pihak penganjur kerana hanya peserta yang memakai jersi rasmi sahaja dapat mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal ini dan merentasi Jambatan Pulau Pinang serta Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023
![Beberapa jalan, jambatan Pulau Pinang tutup Ahad ini Beberapa jalan, jambatan Pulau Pinang tutup Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670414332_PenangBridge.jpg)
Jambatan Pulau Pinang antara laluan yang bakal ditutup sementara secara berperingkat untuk acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride pada 8 Jan. - Gambar fail/Bernama
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
“Menggalakkan inovator ambil Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM)”- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkongsi beberapa intervansi yang dicadangkan bagi mengatasi cabaran awal yang dikenal pasti.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735818524_TBtnb.jpg)
Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.
![Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734567762_penunggangmotosikal.jpg)
Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.
![Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721298956_PenangBridge.jpg)
Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai
Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup secara berperingkat pada 28 Julai ini bagi memberi laluan kepada acara 'Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024'.
![Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710645607_TBTOL.jpg)
Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit
Pengguna kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID.
![Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650192192_MotorsikalKemalangan.jpg)
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
![Lorong tengah, kanan KM8-KM7 Jambatan P.Pinang ditutup Sabtu malam hingga pagi Ahad ini Lorong tengah, kanan KM8-KM7 Jambatan P.Pinang ditutup Sabtu malam hingga pagi Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679570592_PenangBridge.jpg)
Lorong tengah, kanan KM8-KM7 Jambatan P.Pinang ditutup Sabtu malam hingga pagi Ahad ini
Penutupan bermula 10 malam Sabtu hingga 9 pagi Ahad itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai.
![Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707285456_TBMASHUPORANG.jpg)
Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan susulan tindakan mereka yang mengganggu penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.
![Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705392915_TBterjunjpg.jpg)
Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar
Pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut.
![Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696915428_sindiket.jpg)
Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang
Wanita yang maut ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth semalam adalah ibu saudara kepada lelaki yang menetaknya.
![Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703023324_TBJambatanPulauPin.jpg)
Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan
Suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.