KUANTAN: Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di Raub dilanda banjir mulai petang tadi.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata hujan menyebabkan sungai di tiga kawasan iaitu Ulu Sungai, Semantan Ulu dan Dong melimpah.
"Setakat ini, tiada kehilangan atau kecederaan dilaporkan berlaku dan tindakan segera telah dilakukan untuk memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan tujuh PPS dibuka di daerah itu bagi menempatkan 207 mangsa daripada 54 keluarga.
PPS Kundang Patah menempatkan mangsa paling ramai iaitu 113 orang daripada 29 keluarga diikuti Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai (37 orang daripada sembilan keluarga), Dewan Serbaguna Kampung Pia (25 orang daripada lapan keluarga) dan Masjid Kampung Kuala Semantan (16 orang daripada lima keluarga).
Dal;am pada itu, Balai Raya Kampung Sengkela, Balai Raya Kampung Gesing dan Balai Raya Kampung Chenua masing-masing menempatkan sebuah keluarga dengan jumlah mangsa seramai 16 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
![Beberapa kawasan di Raub dilanda banjir Beberapa kawasan di Raub dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626105723_TBBanjir.jpg)
Hujan menyebabkan sungai di tiga kawasan iaitu Ulu Sungai, Semantan Ulu dan Dong melimpah. - Gambar/ Ihsan pembaca
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
Inflasi perubatan naik punca tuntutan insurans kesihatan naik
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat
Risiko eksport semikonduktor ke AS minimum - Tengku Zafrul
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata risiko negatif terhadap eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat adalah pada tahap minimum.
![Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835598_Tangkapan.jpg)
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
Kemunculan AI bahari jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
![Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738834689_IrIzhamHashim.jpg)
Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.
Mangsa dipercayai terkena libasan kipas utama - Polis
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
![Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835271_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang
Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur hari ini.
![Raub dilanda banjir Raub dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728305986_tbPPSBANJIR.jpg)
Raub dilanda banjir
Hujan berterusan sejak 11 malam tadi, menyebabkan dua kampung di daerah itu iaitu Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali dinaiki air mulai 12.30 tengah malam.
![Banjir kilat Raub, 20 penduduk dipindahkan ke PPS Banjir kilat Raub, 20 penduduk dipindahkan ke PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666505594_BANJIR.jpg)
Banjir kilat Raub, 20 penduduk dipindahkan ke PPS
Seramai 20 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Ulu Atok di sini dipindahkan apabila penempatan mereka di dinaiki air ekoran banjir kilat.
![Banjir di Raub pulih dengan kesemua pusat pemindahan ditutup Banjir di Raub pulih dengan kesemua pusat pemindahan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448340144_BanjirRaub.jpg)
Banjir di Raub pulih dengan kesemua pusat pemindahan ditutup
Tiga pusat pemindahan yang menempatkan seramai 101 mangsa daripada 31 keluarga telah ditutup secara berperingkat pagi ini.
![Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448340144_BanjirRaub.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan
Tiga lagi pusat pemindahan masih beroperasi pagi ini yang menempatkan 101 orang, berbanding 122 orang di empat pusat pemindahan yang direkodkan malam tadi.