KUALA LUMPUR:Keadaan banjir di beberapa negeri telah menunjukkan perkembangan baik dengan penurunan jumlah mangsa banjir, sebaliknya Sarawak pula masih dilanda bencana itu.
Lebih memburukkan keadaan, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Bumi Kenyalang hingga Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat berterusan di Sabah sepanjang tempoh sama serta memaklumkan kawasan pantai Sarawak dan Sabah dijangka dilanda angin kencang.
Dalam memelihara kebajikan mangsa banjir dan mengurangkan risiko penularan COVID-19, kerajaan negeri Sarawak mengambil langkah berjaga-jaga dengan menetapkan kapasiti pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti keseluruhan pusat berkenaan.
Setakat petang tadi, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di negeri itu adalah sebanyak 4,343 orang dengan jumlah 50 PPS masih beroperasi di enam daerah dilanda banjir sejak Rabu lepas.
Keadaan di negeri-negeri lain seperti Sabah, Johor dan Pahang pula terus menunjukkan tanda positif pemulihan banjir.
Rakyat Sabah yang terkesan akibat banjir dan air pasang besar hari ini menerima berita baik selepas pengumuman dibuat mengenai bantuan wang ihsan RM500 bakal disalurkan kepada setiap keluarga di negeri itu.
Jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan secara mendadak kepada 313 orang daripada 84 keluarga petang tadi dan kesemua mangsa banjir ditempatkan di tujuh PPS di empat daerah negeri itu.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan trend menurun sejak beberapa hari lepas dengan hanya 93 orang di dua PPS setakat petang tadi manakala Pahang mencatatkan jumlah mangsa seramai 7,012 orang yang masih berteduh di 92 PPS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021

Lebih memburukkan keadaan, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Bumi Kenyalang hingga Ahad. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.