Beberapa penambahbaikan akan dibuat di jambatan angkat atau 'drawbridge' di Terengganu terutama yang melibatkan aspek kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ada beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan semula termasuk kedudukan palang di kiri kanan jambatan yang agak rendah, tanda jalan serta kekerapan lampu isyarat yang mengganggu kelancaran trafik.
"Perlu ada kajian mendalam mengenai aliran mana yang memerlukan tempoh lampu isyarat yang lebih lama atau lebih singkat bagi memastikan trafik berjalan lancar, namun, pada dasarnya saya sangat berpuas hati kerana pembukaan jambatan itu terbukti berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu kemuncak Aidilfitri baru-baru ini.
"Kebiasaannya, trafik sangat teruk di Jambatan Sultan Mahmud setiap kali Aidilfitri, namun pada tahun ini, tiada kesesakan teruk dilaporkan untuk perjalanan yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Ini menjadikan matlamat kita (kurangkan kesesakan) itu berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis meraikan kejayaan Pasukan inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam di sini pada Rabu.
Pasukan tersebut memenangi empat anugerah utama dalam pertandingan bertaraf antarabangsa 11th European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT 2019) yang berlangsung di Palace Culture, Romania pada 16 hingga 18 Mei lalu.
Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu menjadi yang pertama di Asia Tenggara dan menjadi jambatan keempat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus selain Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.
Pada 2 Jun lalu, jambatan itu mula dibuka kepada orang ramai untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem lampu isyarat jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya serta koordinasi sistem penyuraian trafik.
Setelah tamat pengujian sistem pada 17 Jun ini, jambatan angkat akan ditutup semula kepada laluan trafik bagi pentauliahan komponen lain projek itu dan tarikh pembukaan rasminya akan dimaklumkan setelah semua kerja dan pentauliahan komponen projek selesai.
Ditanya langkah kerajaan negeri untuk mencantikkan lagi pemandangan di sekitar jambatan angkat itu termasuk kawasan pantai yang digelar netizen sebagai 'Miami Beach' agar terus menjadi daya tarikan pelancong, Ahmad Samsuri berkata ia telah berada dalam perancangan pihak berkuasa.
"Beberapa penambahbaikan akan dibuat termasuk laluan basikal dari Teluk Ketapang sehingga ke Kuala Ibai. Selain itu, tentunya kemudahan di kawasan pantai juga akan dipertingkatkan seperti parkir kenderaan kerana orang ramai mahu mengabadikan foto dan video berlatarbelakangkan jambatan angkat ini.
"Semestinya keselamatan mereka akan diutamakan. Ia antara beberapa aspek yang akan dilihat setelah jambatan ini ditutup semula 17 Jun nanti untuk penilaian dan penambahbaikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2019
![Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560333243_TBJambatanAngkat.jpg)
Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu menjadi yang pertama di Asia Tenggara dan menjadi jambatan keempat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Amzad nafi pentadbiran kerajaan Terengganu bermasalah dengan istana Amzad nafi pentadbiran kerajaan Terengganu bermasalah dengan istana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614697064_AhmadAmzadHashim.jpg)
Amzad nafi pentadbiran kerajaan Terengganu bermasalah dengan istana
Datuk Ahmad Amzad Hashim menafikan beliau terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana.
![Penjawat awam Terengganu terima bonus RM800 Penjawat awam Terengganu terima bonus RM800](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/51528352087_SamsuriMokhtar.jpg)
Penjawat awam Terengganu terima bonus RM800
Penjawat awam di Terengganu akan terima bonus sebanyak RM800 yang akan dibayar pada bulan Januari.
![COVID-19: Menteri Besar Terengganu diarah jalani kuarantin 14 hari COVID-19: Menteri Besar Terengganu diarah jalani kuarantin 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599041678_ECRL.jpg)
COVID-19: Menteri Besar Terengganu diarah jalani kuarantin 14 hari
Aarahan kuarantin dibuat susulan ADUN Rhu Rendang itu memiliki kontak dengan dua individu positif COVID-19 beberapa hari lalu.
![Royalti minyak: Kerajaan jamin Terengganu akan terima bayaran ikut jadual Royalti minyak: Kerajaan jamin Terengganu akan terima bayaran ikut jadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599370769_TengkuDatukSeriZa.jpg)
Royalti minyak: Kerajaan jamin Terengganu akan terima bayaran ikut jadual
Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada pada bulan Mac disusuli bulan September bagi pembayaran kedua.
![Calon MB Kedah, Pas serah kepada Sultan untuk putuskan Calon MB Kedah, Pas serah kepada Sultan untuk putuskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41550386824_tanah.jpg)
Calon MB Kedah, Pas serah kepada Sultan untuk putuskan
Ahmad Samsuri menjelaskan sehingga kini Pas belum memuktamadkan sebarang nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu untuk mengisi jawatan Menteri Besar Kedah yang baharu.
!['Bukan masanya untuk bersantai-santai' - Semua pusat peranginan dan hotel di Terengganu ditutup 'Bukan masanya untuk bersantai-santai' - Semua pusat peranginan dan hotel di Terengganu ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461120783_950x600.jpg)
'Bukan masanya untuk bersantai-santai' - Semua pusat peranginan dan hotel di Terengganu ditutup
Kesemua pusat peranginan, pulau dan hotel di Terengganu ditutup seiring dengan perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini.
![Terengganu terima RM700 juta wang royalti Mac ini Terengganu terima RM700 juta wang royalti Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560327734_SamsuriMokhtar.jpg)
Terengganu terima RM700 juta wang royalti Mac ini
Kerajaan Terengganu dijangka menerima bayaran wang royalti atau Wang Tunai Petroleum (WTP) sebanyak RM700 juta pada bulan Mac nanti.
![Hadi Awang bincang kerjasama dengan Abang Jo Hadi Awang bincang kerjasama dengan Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568714197_TBHADIAWANG.jpg)
Hadi Awang bincang kerjasama dengan Abang Jo
Pertemuan tersebut dilakukan bagi membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua negeri yang ditadbir Pas iaitu Kelantan dan Terengganu dengan Sarawak.
![Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560333243_TBJambatanAngkat.jpg)
Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna
Beberapa penambahbaikan akan dibuat di jambatan angkat atau 'drawbridge' di Terengganu terutama yang melibatkan aspek kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.
![Ahmad Samsuri tetap bertanding jawatan Naib Presiden Pas Ahmad Samsuri tetap bertanding jawatan Naib Presiden Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560327734_SamsuriMokhtar.jpg)
Ahmad Samsuri tetap bertanding jawatan Naib Presiden Pas
Beliau berkata, keputusannya untuk terus bertanding adalah bagi menghormati pencalonan yang telah dibuat oleh aqnggota akar umbi.