KUALA LUMPUR: Jenazah pendaki Zulkifli Yusuf yang kini berada di sebuah hospital Anchorage, Alaska dijadual akan menjalani proses bedah siasat pada hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Kelab Alpine Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook.
"Selepas bedah siasat selesai, proses selanjutnya ialah mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk urusan membawa jenazah kembali ke Malaysia, di bantu oleh Konsular General Malaysia di Los Angeles dan pihak syarikat insuran," katanya.
Sementara itu, hantaran tersebut turut memaklumkan mengenai tahap kesihatan pendaki Zainudin Lot yang semakin baik dan dibenarkan keluar dari hospital di Talkeetna, Alaska pada Ahad.
"Sementara itu Muhammad Illaham Ishak masih menjalani rawatan di hospital di Anchorage. Wakil Kelab Jelajah Alpine Norsafrina Shamsir Md Nasir yang kini berada di Talkeetna, Alaska akan membantu urusan untuk mengambil peralatan mendaki yang kini masih berada di pergunungan Denali, yang perlu dikeluarkan oleh pihak berkuasa Taman Negara Denali," katanya.
Sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Kelab iaitu Ayob Yahaya di talian 0173372696.
Semalam, Kelab Alpine Malaysia memaklumkan jenazah Allahyarham Zulkifli Yusof, 37, yang meninggal dunia semasa mendaki di Gunung Denali di Alaska telah dibawa turun dari lokasi kejadian pada 8.30 pagi, 1 Jun (waktu tempatan).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Zulkifli disahkan meninggal dunia pada 6 pagi Rabu, ketika dia dan rakan pendaki berlindung dalam gua salji pada ketinggian 19,700 kaki dari aras laut. - Gambar fail/Kelab Jelajah Alpine Malaysia

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bedah siasat jenazah pendaki rakyat Malaysia dijangka hari ini
Jenazah pendaki Zulkifli Yusuf yang kini berada di sebuah hospital Anchorage, Alaska dijadual akan menjalani proses bedah siasat pada hari ini.