KOTA BHARU: Bekalan air bersih yang bertukar menjadi payau/masin di sekitar Kota Bharu Timur dan sebahagian Bachok, sejak beberapa hari lepas berpunca daripada penerobosan air masin ke Sungai Pengkalan Datu.
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataannya hari ini memberitahu, akibat penerobosan itu berlaku gangguan kualiti air di kawasan agihan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha.
Menurut AKSB terdahulu bagi meningkatkan sumber air mentah di LRA Chicha untuk menghadapi permintaan air yang tinggi semasa sambutan Tahun Baharu Cina, pihaknya telah menyalurkan air Sungai Pengkalan Datu ke Telaga Jejari Pasir Tumboh (TJ) 30 Jan lepas.
"Kandungan 'chloride' dalam air sungai pada masa ini adalah 142 mg/l. Pada 31 Jan, kadar pengeluaran air terawat dari LRA Chicha adalah 71.6 juta liter sehari (JLH). Sebelum penyaluran air Sungai Pengkalan Datu ke TJ, kadar pengeluaran air terawat LRA Chicha adalah 62 JLH," kata kenyataan itu.
Menurut AKSB selepas menerima aduan air payau/ masin pada Khamis lepas, pengepaman air mentah dari TJ telah dikurangkan secara berperingkat.
"Hari ini pengepaman air mentah dari TJ telah dihentikan sepenuhnya susulan kandungan 'chloride' dalam air terawat masih tinggi. Kualiti air terawat dari LRA Chicha akan beransur pulih," kata kenyataan itu.
AKSB memaklumkan sebarang aduan berkenaan bekalan air boleh dibuat melalui talian 15777, WhatsApp ke 019-5755777, emel ke [email protected] atau menggunakan aplikasi MyAKSB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Menurut AKSB selepas menerima aduan air payau/ masin pada Khamis lepas, pengepaman air mentah dari TJ telah dikurangkan secara berperingkat. - Gambar hiasan
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Bekalan air bertukar payau akibat penerobosan air masin - Air Kelantan
Bekalan air bersih yang bertukar menjadi payau/masin di sekitar Kota Bharu Timur dan sebahagian Bachok, sejak beberapa hari lepas berpunca daripada penerobosan air masin ke Sungai Pengkalan Datu.