KOTA BHARU: Bekalan air bersih yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang dan sekitarnya pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air (LRA) Chiku, Gua Musang.
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan bekalan elektrik di bawah bidang kuasa Tenaga Nasional Berhad itu sekali gus menjejaskan proses penghantaran bekalan air ke Tangki Felda Perasu untuk disalurkan kepada penduduk.
Menurut AKSB, gangguan bekalan elektrik di LRA Chiku juga memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji dan sejumlah 353 akaun pengguna telah terlibat, manakala 60 akaun pengguna pula terdiri daripada kawasan premis.
"Mengikut rekod, kekerapan gangguan bekalan elektrik berlaku hampir 23 jam dan 25 minit bagi tempoh lima hari iaitu pada 2, 21, 25 dan 26 Mac serta 11 April," menurut kenyataan itu.
AKSB memaklumkan pengeluaran air LRA Chiku beroperasi pada 7.5 juta liter sehari (JLH) dan pengeluaran air bersih dijangka beroperasi dengan kapasiti penuh hingga 12 JLH pada Mei ini.
AKSB memaklumkan pasukan NRW (Non Revenue Water) AKSB jajahan Gua Musang sedang giat mencari kebocoran paip di sekitar Felda Perasu memandangkan jumlah pengeluaran air yang tinggi, namun ia tidak sampai ke rumah pengguna.
"Permintaan tinggi berbanding pengeluaran di musim perayaan juga merupakan satu daripada faktor berlaku bekalan air bersih yang tidak mencukupi bukan sahaja di Felda Perasu, malah di seluruh Kelantan secara amnya," menurut kenyataan itu.
AKSB memaklumkan waktu puncak penggunaan atau permintaan air yang tinggi bermula pada 8 hingga 13 April lepas.
Pada masa sama, Pelan Kesiapsiagaan Bekalan Air merangkumi kesemua jajahan operasi, bagi memaksimumkan keupayaan proses pembekalan air bersih semasa musim perayaan Aidilfitri telah mula digerakkan sejak 6 April lepas.
Pada Jumaat lepas, media tempatan melaporkan sambutan Aidilfitri penduduk Felda Perasu suram apabila terputus bekalan air bersih sejak 7 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024

Menurut AKSB, gangguan bekalan elektrik di LRA Chiku juga memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji. - Gambar hiasan

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.

3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.

Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.

Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.

Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.

Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.

Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.

Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.