KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan gangguan bekalan air keruh yang berlaku di Hospital Machang Isnin lalu sudah kembali pulih.
Isu itu tular di laman sosial Facebook pada Selasa selepas seorang wanita berkongsi gambar air berkarat di dalam tandas wad kanak-kanak hospital tersebut sekali gus didakwa mengganggu urusan harian pesakit dan pelawat.
Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, masalah itu selesai susulan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghantar bekalan air ke hospital bagi mengatasi masalah gangguan itu secara berperingkat bermula petang Selasa dengan mengisi air di tangki simpanan utama hospital itu.
"Bekalan (air) sudah kembali pulih pada petang Selasa secara berperingkat. Kadar kekeruhan air juga semakin pulih.
"Hasil siasatan awal mendapati gangguan air itu berlaku pada Isnin hingga Selasa berpunca daripada masalah Loji Rawatan Air Sungai Bagan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata, JKNK kesal atas kesulitan yang dihadapi dan berterima kasih dengan tindakan segera diambil oleh pihak hospital, Perkhidmatan Sokongan Hospital (Redicara) dan AKSB.
Katanya, JKNK sentiasa berusaha dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti penjagaan pesakit.
"JKNK menegaskan bahawa perkhidmatan dan pengurusan pesakit di dalam hospital itu tidak terganggu akibat kejadian tersebut," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 07 2022
Gambar tular yang dikongsikan seorang wanita mengenai keadaan air berkarat di dalam tandas wad kanak-kanak Hospital Machang. Gambar kecil: Dr Zaini. - Foto Sinar Harian
Prabowo ambil berat ketika masa duka lara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebagai seorang sahabat susah dan senang.
Prolintas amal dasar toleransi sifar terhadap pelanggaran integriti
Prolintas mengamalkan dasar toleransi sifar yang ketat terhadap pelanggaran integriti dan tadbir urus serta komited untuk mengambil semua tindakan yang perlu bagi menangani isu itu dan melindungi kepentingan syarikat.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Syarikat perunding kewangan yang mendalangi sindiket penipuan pinjaman peribadi, menggunakan kaedah memanipulasi "turnaround time" atau masa pusing balik semasa proses kelulusan permohonan pinjaman oleh bank.
Empat anggota kumpulan pemisah maut ditembak
Empat individu dipercayai anggota kumpulan pemisah ditembak mati dalam satu operasi yang dijalankan pihak berkuasa Thailand di Kampung Charok, Kadong di Yala, selatan Thai pada pagi Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.
Trump tegaskan kenaikan tarif 25 peratus ke atas Mexico, Kanada - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal bertegas untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada bermula 1 Feb.
Wan Junaidi seru masyarakat Cina bersama-sama kukuhkan integrasi merentasi kaum
Wan Junaidi menyeru masyarakat Cina untuk terus bersama-sama memperkukuh lagi integrasi merentasi kaum bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan.
Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.
Bekalan air keruh di Hospital Machang selesai berperingkat
Siasatan awal mendapati gangguan air itu berlaku pada Isnin hingga Selasa berpunca daripada masalah Loji Rawatan Air Sungai Bagan.