ALOR SETAR: Bekalan darah untuk kegunaan hospital di Kedah berada pada tahap kritikal apabila stok semasa di pusat darah negeri ini hanya mampu bertahan untuk tempoh kurang empat hari.
Ketua Perkhidmatan Transfusi Kedah, Dr Siti Nadiah Abdul Kadir, berkata bekalan darah sedia ada tidak mampu bertahan jika kurang penderma yang tampil menderma darah.
"Berlaku penurunan sebanyak 30 hingga 40 peratus dalam kutipan darah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 1 Jun lalu.
"Penurunan kutipan darah kemungkinan disebabkan sekatan pergerakan dan kebimbangan orang ramai melihat peningkatan kes positif COVID-19 di Kedah akhir-akhir ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata walaupun pembedahan elektif ditangguhkan pada waktu ini, penggunaan darah masih tinggi kerana banyak kes memerlukan bekalan darah seperti yang melibatkan kemalangan jalan raya.
"Selain itu, darah diperlukan untuk kes pesakit yang menjalani pembedahan kecemasan, separa kecemasan dan ibu tumpah darah semasa bersalin. Terdapat juga pesakit yang memerlukan bekalan darah berterusan seperti pesakit talasemia dan anemia kronik.
"Jadi, saya menyeru orang ramai tampil menderma darah dengan segera bagi memastikan rawatan kepada pesakit yang memerlukan transfusi darah tidak terjejas," katanya.
Dr Siti Nadiah berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana Unit Pendermaan Darah sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk memastikan tidak berlaku kesesakan di tempat menderma.
"Syarat untuk menderma berumur lingkungan 17 hingga 60 tahun, mempunyai berat 45 kilogram ke atas, tidur melebihi lima jam dan tidak mempunyai sebarang penyakit. Bagi mereka yang telah mendapat vaksinasi COVID-19, boleh menderma darah semula selepas tujuh hari, sekiranya tidak mempunyai sebarang gejala," katanya.
Katanya, orang ramai yang berminat boleh hadir ke Unit Pendermaan Darah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan di hospital seluruh Kedah atau menghubungi talian di 04-7746051 pada hari bekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 08 2021

Bekalan sedia ada di pusat darah di Kedah tidak mampu bertahan jika kurang penderma yang tampil menderma. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

2,000 beg darah diperlukan setiap hari untuk pastikan bekalan cukup - Dzulkefly
Negara masih memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah secara purata setiap hari untuk memastikan stok bekalan darah mencukupi.

Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan
Orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut di sekitar bandar ini diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak hospital berkenaan.

Pusat Darah Negara sedia koordinasi, mobilisasi bekalan darah ke negeri terjejas banjir
Pusat Darah Negara bersedia untuk mengkoordinasi serta memobilisasikan bekalan darah negara sedia ada kepada negeri yang terjejas bencana banjir sekiranya bekalan diperlukan.

Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah
Kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) semakin menurun.

Bekalan darah di PDN mencukupi, derma berterusan masih diperlukan
Bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) dilihat mencukupi ketika ini, namun bekalan derma darah yang berterusan masih diperlukan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Jadikan derma darah budaya hidup sihat - Muhyiddin
Muhyiddin menyeru orang ramai agar menjadikan amalan menderma darah sebagai satu budaya hidup sihat.

Bekalan darah di Kedah kritikal, mampu bertahan kurang 4 hari
Bekalan darah untuk kegunaan hospital di Kedah berada pada tahap kritikal apabila stok semasa di pusat darah negeri ini hanya mampu bertahan untuk tempoh kurang empat hari.

Bilangan penderma darah berkurangan ketika pandemik - Dr Noor Hisham
Situasi pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada bekalan darah khususnya di kawasan Lembah Klang berikutan kadar penurunan bilangan penderma.

Bekalan darah di HRPZ II meruncing, mampu bertahan dua hari sahaja
Bekalan darah tidak stabil susulan situasi semasa sedangkan dalam masa sama keperluan darah terus meningkat.

Bekalan darah di Kedah kritikal, mampu bertahan tiga hari sahaja
Sejak pelaksanaan PKP 3.0 berlaku penurunan drastik bekalan darah di negeri ini sehingga 50 peratus sedangkan dalam masa sama keperluan darah terus meningkat.