KOTA BHARU: Bekalan gula di Kelantan pulih 98 peratus setakat ini, selepas 263 pemborong dan peruncit serta 17 pasar raya di seluruh negeri ini telah menerima bekalan gula daripada enam pemborong utama.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata pemeriksaan dan pemantauan oleh pasukan Task Force KPDN Kelantan dalam Ops Manis 2023 mendapati setakat hari ini, pasar raya utama yang terpilih iaitu semua cawangan Mydin telah menerima bekalan gula.
"Manakala pasar raya yang mengambil bekalan dengan Distribution Centre (DC) seperti Econsave, Aeon Mall, Giant dan Lotus masih lagi mempunyai bekalan tapi tidak mampu memenuhi permintaan setempat dan menunggu penghantaran dari pihak DC mereka.
"Sebanyak 34 premis telah diperiksa dalam Ops Manis dan bekalan didapati telah diterima di kebanyakan premis yang diperiksa selain tiada pembelian panik oleh pengguna serta tiada aktiviti sorok dikesan sepanjang pemeriksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu Azman berkata setakat ini pihaknya menerima 17 aduan membabitkan sembilan aduan mengenai ketiadaan bekalan gula, tiga aduan berkaitan enggan menjual, dua aduan menyorok bekalan dan tiga aduan mengenai harga mahal.
"Kesemua aduan ini sedang disiasat dan ada yang telah diselesaikan terutamanya membabitkan aduan ketiadaan bekalan. KPDN Kelantan telah membuat penyelarasan dan penghantaran terus kepada premis yang ketiadaan bekalan bagi memastikan keberadaan barang kawalan kepada pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
![Bekalan gula di Kelantan pulih - KPDN Bekalan gula di Kelantan pulih - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71682990679_SugarGeneric.jpg)
Pemeriksaan dan pemantauan oleh pasukan Task Force KPDN Kelantan dalam Ops Manis 2023 mendapati setakat hari ini, pasar raya utama yang terpilih iaitu semua cawangan Mydin telah menerima bekalan gula. - Gambar fail
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 April 2024.
![Labuan terima bekalan gula selepas masalah kekurangan lebih seminggu Labuan terima bekalan gula selepas masalah kekurangan lebih seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705497375_GULA.jpg)
Labuan terima bekalan gula selepas masalah kekurangan lebih seminggu
Sebanyak 9,800 kg gula diterima daripada pemborong di Sabah iaitu Chung Kwong, Sandakan dan Keluarga Timur Kota Kinabalu pagi ini.
![Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan selesai Rabu ini - Armizan Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan selesai Rabu ini - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704791152_ArmizanMohdAli.jpg)
Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan selesai Rabu ini - Armizan
Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan dijangka selesai selewat-lewatnya Rabu ini dengan kemasukan bekalan sebanyak 118.90 metrik tan dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.
![Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa - Armizan Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699795645_TBARMIZAN.jpg)
Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa - Armizan
Gangguan bekalan gula yang berlaku di Sabah serta beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi.
![Tindakan Thailand kawal eksport gula mentah tidak jejas bekalan dalam negara Tindakan Thailand kawal eksport gula mentah tidak jejas bekalan dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698839172_ArmizanMohdAli.jpg)
Tindakan Thailand kawal eksport gula mentah tidak jejas bekalan dalam negara
Tindakan Thailand yang mula mengawal eksport gula mentah tidak akan menjejaskan bekalan komoditi itu di Malaysia.
![Pengeluar gula perlu hantar laporan harian kepada KPDN - Salahuddin Pengeluar gula perlu hantar laporan harian kepada KPDN - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681202516_SalahuddinAyub.jpg)
Pengeluar gula perlu hantar laporan harian kepada KPDN - Salahuddin
Ia bagi memastikan faktor bekalan gula di negara ini berada dalam keadaan terjamin selain memastikan situasi di pasaran tidak terjejas.
![KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686197068_kilanggulaCentral.jpg)
KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.
![KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654698149_Bekalangula.jpg)
KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri itu.
![Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683891800_SalahuddinAyub.jpg)
Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula
Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut.
![Ops Manis: KPDN periksa 116 premis di Kelantan, Terengganu Ops Manis: KPDN periksa 116 premis di Kelantan, Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683294122_OPSMANIS.jpg)
Ops Manis: KPDN periksa 116 premis di Kelantan, Terengganu
KPDN memeriksa 116 premis di Kelantan serta Terengganu menerusi Ops Manis hari ini dan tiada kes kegagalan pematuhan undang-undang yang menyebabkan gangguan bekalan gula direkodkan.