JOHOR BAHRU: Isu bekalan dan harga jualan minyak masak dijangka stabil selepas masalah kekurangan tenaga kerja asing yang dihadapi pemain industri perladangan, dapat diselesaikan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pemain industri berkenaan mendakwa, kedua-dua isu itu berlaku disebabkan kekurangan tenaga kerja sekali gus menyebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga.
Beliau berkata kementerian kini dalam peringkat akhir perbincangan mengenai isu itu dengan pemain industri tersebut dan mereka berharap perkara itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
"Setakat ini Kabinet telah buat satu keputusan penting, iaitu kita sasarkan isu pekerja asing akan dapat diselesaikan dalam masa tiga bulan, jadi mungkin pada akhir Mac ini kita akan dapat berikan jumlah pekerja asing mencukupi kepada semua sektor, khususnya pembinaan dan juga perladangan, itu kita utamakan.
"Hasil pertemuan dengan pihak perladangan iaitu pemain industri kelapa sawit, mereka bersedia untuk berbincang tentang harga, malah harga itu dapat distabilkan sekiranya mereka kembali dapat jumlah pekerja mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baharu Cina di pusat beli belah Paradigm Mall di sini hari ini.
Mengenai kekurangan bekalan telur khususnya gred A, Salahuddin berkata pihaknya juga menjangkakan masalah tersebut akan kembali pulih dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
"Kita sudahpun mengadakan sesi libat urus bersama pembekal dan kita sedang berusaha untuk memastikan bekalan sedia ada mencukupi.
"Kita juga tiada sebarang keputusan ketetapan untuk menyekat eksport telur ke luar negara, kerana pengeluarannya ketika ini pada tahap 112 peratus. Memang ketika ini bekalan tempatan kurang tetapi hal itu akan selesai dalam beberapa bulan ini," katanya.
Berhubung isu pengusaha kantin sekolah yang menaikkan harga jualan secara mendadak, Ahli Parlimen Pulai itu berkata kerjasama masyarakat khususnya ibu bapa perlu dengan membuat aduan secara terus kepada kementerian, supaya tindakan segera dapat diambil.
"Mereka boleh buat aduan dengan memaklumkan lokasi dan sekolah mana, agar tindakan segera akan diambil secara satu persatu, pihak sekolah juga perlu ambil maklum berhubung perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
![Bekalan, harga minyak masak stabil selepas masalah pekerja asing selesai Bekalan, harga minyak masak stabil selepas masalah pekerja asing selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673699559_TBkpdn.jpg)
Salahuddin berkata pemain industri berkenaan mendakwa, kedua-dua isu itu berlaku disebabkan kekurangan tenaga kerja sekali gus menyebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga. - Gambar fail
Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.
![Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish
Seorang bekas kontraktor dihukum penjara lima tahun kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Daish dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.
Penggunaan data EO dorong tambahan US$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Peningkatan penggunaan data Pemerhatian Bumi (EO) di serata Asia Tenggara dijangka menyumbang penambahan US$100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga 2030, kata laporan yang dikeluarkan hari ini.
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
![Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688719258_courtgavelmahkam.jpg)
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
![Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak
Syarikat itu mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan selepas dikesan melakukan kesalahan itu ketika Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) pada 5 Julai tahun lepas.
![Bekalan, harga minyak masak stabil selepas masalah pekerja asing selesai Bekalan, harga minyak masak stabil selepas masalah pekerja asing selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673699559_TBkpdn.jpg)
Bekalan, harga minyak masak stabil selepas masalah pekerja asing selesai
Isu bekalan dan harga jualan minyak masak dijangka stabil selepas masalah kekurangan tenaga kerja asing yang dihadapi pemain industri perladangan, dapat diselesaikan.
![Lesen akan ditarik, amaran Zuraida buat pengkhianat subsidi minyak masak Lesen akan ditarik, amaran Zuraida buat pengkhianat subsidi minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648824696_Minyakmasak.jpg)
Lesen akan ditarik, amaran Zuraida buat pengkhianat subsidi minyak masak
Penguatkuasaan akan dipertingkatkan untuk tangani krisis bekalan minyak masak subsidi.
![Bekalan minyak masak peket pulih dalam masa terdekat - KPDNHEP Bekalan minyak masak peket pulih dalam masa terdekat - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628565771_MinyakMasak.jpg)
Bekalan minyak masak peket pulih dalam masa terdekat - KPDNHEP
Kekurangan bekalan minyak masak peket yang berlaku setiap bulan akan pulih dalam masa terdekat selepas kerja-kerja pembungkusan dan agihan minyak dilakukan.
![Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623209298_SAIFUDDINNASUTIONI.jpg)
Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol
Saifuddin tidak bersetuju dengan Mohd Khairuddin bahawa harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah.
![Subsidi minyak masak hanya untuk bungkusan 1 kg - KPDNHEP Subsidi minyak masak hanya untuk bungkusan 1 kg - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610877442_cookingoilminyak.jpg)
Subsidi minyak masak hanya untuk bungkusan 1 kg - KPDNHEP
KPDNHEP menjelaskan bermula November 2016, subsidi harga minyak masak hanya diberikan kepada bungkusan polibeg satu kilogram (kg).
![Minyak masak: 26,857 premis diperiksa di seluruh negara - KPDNKK Minyak masak: 26,857 premis diperiksa di seluruh negara - KPDNKK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477820029_cookingoilminyak.jpg)
Minyak masak: 26,857 premis diperiksa di seluruh negara - KPDNKK
Daripada kesemua premis yang diperiksa, pihaknya mengesan 30 kesalahan termasuk tujuh kes menyorok minyak masak.
![FAMA sedia pasarkan minyak masak FAMA sedia pasarkan minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51470911960_CookingOil.jpg)
FAMA sedia pasarkan minyak masak
FAMA sedia memasarkan minyak masak kepada pengguna melalui rangkaian peruncitannya di seluruh negara sekiranya masalah kekurangan bekalan berterusan.