IPOH: Jumlah lembu dan kerbau di Perak bagi tujuan ibadah korban pada tahun ini dijangka berkurang kira-kira 1,300 ekor, namun kekurangan itu mampu ditampung menerusi kemasukan lembu import, kata Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Razman Zakaria.
Beliau berkata jumlah yang berkurangan itu dilihat berdasarkan kepada bancian tahun semasa ternakan lembu jantan dan kerbau berusia lebih dua tahun yang berjumlah 4,450 berbanding kadar penyembelihan yang dianggarkan 5,800 ekor tahun ini.
Menurutnya bagi kategori ternakan ruminan khususnya lembu dan kerbau di Perak, ketika ini terdapat 1,323 orang penternak lembu pedaging dan 249 orang menternak kerbau, yang melibatkan penternakan 67,666 ekor haiwan berkenaan.
"Kerajaan akan memastikan harga lembu tempatan bagi tujuan ibadah korban tetap terkawal dan pengguna masih mampu menikmati (beribadah) pada harga yang berpatutan. Harga bagi bekalan lembu hidup di negeri Perak bergantung kepada berat dan saiz ternakan iaitu antara RM4,200 hingga RM5,500," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut mengenai isu harga makanan ternakan yang kian meningkat, Razman berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar menawarkan bantuan insentif RM300 bagi makanan ternakan ruminan melalui skim harga bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC).
Menurutnya kerajaan negeri juga antara lain telah memperuntukkan RM500,000 bagi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) yang merangkumi pelbagai bentuk bantuan peralatan kepada penternak seluruh negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 10 2022

Jumlah lembu dan kerbau di Perak bagi tujuan ibadah korban pada tahun ini dijangka berkurang kira-kira 1,300 ekor. - Gambar fail/BERNAMA

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Astro Radio anjur program korban bersama jenama Siti Khadijah
Astro Radio menganjurkan program Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah bersama empat stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar pada Rabu.

Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.

Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza
Larangan ini merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam.

Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian
Haiwan berkenaan akan melalui perjalanan sejauh kira-kira 34 kilometer dari jeti di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.

1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha
Ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.

Aidiladha: Penternak rumus makanan lembu sendiri, jaga kualiti daging, jimat kos
Seorang penternak di Sungai Merab menghasilkan rumusan makanan sendiri untuk lembu bagi ibadah korban.

PM Anwar beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota.

Aidiladha: Selangor sumbang 700 ekor lembu, 1,000 kambing
Kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi menampung rakyat tidak berkemampuan melaksanakan ibadah korban.

Aman Palestin teruskan misi ibadah korban di bumi para nabi
Aman Palestin meneruskan usaha dalam misi ibadah korban di bumi para nabi dengan mengangkat tema Kongsi Kegembiraan, Ringkankan Beban pada tahun ini.

Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander