KUALA LUMPUR: Bekalan parasetamol, ubat yang lazimnya digunakan bagi melegakan demam dan sakit kepala, dilaporkan mengalami kekurangan dan agak sukar didapati di farmasi komuniti dan kedai serbaneka di ibu negara serta beberapa tempat lain.
Menerusi tinjauan di premis farmasi komuniti baru-baru ini, bahagian rak yang mempamerkan bekalan ubat berkenaan, terutamanya sebuah cap dagang terkemuka, didapati kosong berikutan permintaan tinggi daripada pengguna lebih-lebih lagi ketika angka kes COVID-19 yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.
Perkara itu juga dipercayai berpunca daripada pembelian meningkat sebagai persediaan mengurangkan kesan sampingan seperti demam, sakit sendi dan sakit kepala selepas menerima suntikan dos penggalak, demikian menurut beberapa pegawai farmasi yang ditemui.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang yang turut mengesahkan perkara itu berkata menerusi maklumat diterimanya, masalah kekurangan parasetamol terutamanya melibatkan cap dagang terkemuka itu tidak hanya berlaku di ibu negara, tetapi juga di beberapa negeri lain.
Jelasnya, perkara itu sudah berlaku sejak beberapa bulan lepas berikutan pembelian yang agak tinggi ketika musim pandemik COVID-19, selain mungkin turut berkaitan dengan isu logistik membabitkan pengilang dan pengedar bagi ubat berkenaan.
"Saya dapat info daripada rakan-rakan di seluruh negara, kekurangan ini sudah berlaku beberapa bulan, mungkin boleh dapatkan maklumat daripada syarikat berkaitan sama ada perkara ini berlaku di peringkat pengilangan atau pengedaran.
"Sebab semua yang terlibat dengan pembuatan sama ada melibatkan ramuan bahan, atau peringkat pembungkusan dan logistik akan mempengaruhi ketersediaan stok di seluruh negara," katanya.
Orang ramai dalam media sosial turut meluahkan kesukaran mendapatkan bekalan parasetamol antaranya pengguna Facebook Josepihine Joey yang menulis: "Kelmarin siang sampai petang tidak jumpa ubat paracetamol (parasetamol), sambung lagi cari di farmasi, kedai runcit dan supermarket (pasar raya) pun tiada, habis stok".
Pemilik akaun Twitter @fxizmiller pula dalam ciapannya menulis: "Apa kes susah sangat nak cari panadol actifast ni, jenuh pusing Bangi, Petaling Jaya dan Seremban masa balik kampung last week (minggu lepas), semua habis," katanya.
Perkara itu turut menyebabkan ada juga yang mengambil inisiatif membeli bekalan ubat berkenaan melalui aplikasi e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022

Amrahi berkata, masalah kekurangan parasetamol tidak hanya berlaku di ibu negara, tetapi juga di beberapa negeri lain sejak beberapa bulan lepas berikutan pembelian yang agak tinggi ketika musim pandemik. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang
Ia dikatakan berpunca daripada peningkatan pembelian sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan.

Bekalan parasetamol di rangkaian farmasi komuniti di Melaka masih mencukupi
Orang ramai diminta tidak membeli parasetamol melebihi keperluan bagi mengelak jenama lain turut mengalami gangguan bekalan.

Bekalan parasetamol dilapor kurang di farmasi, kedai serbaneka
Permintaan tinggi daripada pengguna lebih-lebih lagi ketika angka kes COVID-19 yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.