PUTRAJAYA: Kesesakan yang dilaporkan berlaku di pejabat Imigresen terutama di kawasan Lembah Klang bukan disebabkan kekurangan bekalan pasport tetapi ekoran peningkatan mendadak permohonan dan memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata permohonan dan pembaharuan PMA telah meningkat mendadak sebanyak 65 peratus ketika ini hingga berlaku kesesakan luar biasa di pejabat Imigresen terutama di Lembah Klang.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan Jabatan Imigresen mempunyai bekalan pasport lebih 1.2 juta yang mampu menampung peningkatan mendadak permohonan serta pembaharuan PMA.
"Bekalan pasport mencukupi, kami ada lebih 1.2 juta (pasport) dalam stor dan kalau habis, pembekal akan tambah lagi," katanya ketika dihubungi hari ini bagi mengulas situasi kesesakan di kaunter Imigresen.
Khairul Dzaimee berkata antara faktor berlaku kesesakan di pejabat Imigresen adalah kerana orang ramai hadir serentak pada sebelah pagi untuk urusan membuat PMA.
"Contohnya di pejabat Imigresen di Shah Alam, pejabat memang sempit dan ramai datang pada waktu pagi untuk urusan buat pasport... mereka boleh datang sebelah petang," katanya.
Waktu pengoperasian di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi telah dilanjutkan hingga 6 petang sejak 11 Mei lepas.
Enam premis yang dipanjangkan waktu operasi hingga 10 malam ialah Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Perlis dilanjutkan hingga 6 petang.
Khairul Dzaimee menasihatkan orang ramai untuk mengambil peluang cuti persekolahan ketika ini bagi memohon dan memperbaharui PMA di pejabat Imigresen di luar kawasan Lembah Klang.
"Kita ada pejabat Imigresen yang menguruskan pasport dan tidak sibuk seperti di Putrajaya atau Shah Alam. Negeri seperti Perlis, Kedah, Kuantan dan Terengganu ini antara pejabat yang tidak sibuk dan permohonan pasport kurang," katanya.
Khairul Dzaimee turut menasihati orang ramai agar memastikan mereka benar-benar mempunyai keperluan seperti urusan rasmi kerja dan melancong bagi memohon atau memperbaharui PMA.
"Jika tidak ada keperluan, tidak perlu buat pasport lagi...kadang-kadang saya tanya 10 orang yang buat pasport, enam beri jawapan tidak tahu lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Khairul Dzaimee memberi jaminan Jabatan Imigresen mempunyai bekalan pasport lebih 1.2 juta yang mampu menampung peningkatan mendadak permohonan serta pembaharuan PMA. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KESUMA laksana kajian semakan semula, pindaan Akta 4 dan Akta 800
Katanya, inisiatif untuk melaksanakan kajian ke atas Akta 4 dan Akta 800 adalah selari dengan hasrat KESUMA untuk memperkasa perlindungan sosial.

KP BHEUU buat laporan polis terhadap penuntut mendakwa waris Kesultanan Sulu
Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi US$32 bilion.

Sesi libat urus beri ruang terangkan isu tuntutan kumpulan dakwa waris Sulu - BHEUU
Ia juga peluang kepada pimpinan dan rakyat Sabah untuk beri input dan cadangan bagi memperkasa tindakan yang sedang dan akan diambil.

Kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan Jumaat lepas
Kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai.

Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah BHEUU berkuat kuasa hari ini
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Khairul Dzaimee ditukar, Ruslin kini KP Imigresen
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud sah ditukarkan ke sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini.

Empat pegawai imigresen ditahan disyaki terlibat seludup migran
Pegawai berkenaan bersuhabat menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing itu bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi.

Kedutaan negara asing tidak punya kuasa keluarkan pas lawatan sementara - JIM
Khairul Dzaimee berkata, pengeluaran visa dan pas kepada warga asing untuk tinggal dan bekerja di sini hanya boleh dikeluarkan oleh JIM.

Pastikan keselamatan, kedaulatan negara tidak terancam - KP Imigresen
Kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa.

JIM aktifkan QRT atasi kesesakan di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen (JIM) mewujudkan Quick Response Team (QRT) sebagai langkah proaktif menangani kesesakan di pintu masuk negara terutamanya di KLIA.