MELAKA: Bekalan telur ayam di Melaka pulih ekoran kemasukan bekalan import dari India baru-baru ini, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Norena Jaafar.
Beliau berkata bagaimanapun, orang ramai khususnya peniaga kuih raya diminta tidak melakukan pembelian secara pukal terutama menjelang sambutan perayaan dengan tujuan untuk menyimpan bekalan.
"Tiada had jualan telur dalam kuantiti tertentu seperti minyak masak bersubsidi tetapi orang ramai diminta tidak melakukan pembelian secara pukal.
"Kita tahu menjelang Tahun Baru Cina dan hari raya bakal menjelang tiba ini orang ramai sibuk mencari bekalan terutama untuk membuat persediaan sambutan seperti membuat kuih raya," katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan tanda harga di gerai jualan di Jonker Walk di sini lewat malam tadi.
Pemeriksaan berkenaan turut disertai Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.
Mengulas lanjut, Norena berkata walaupun tiada had jualan bagi bekalan telur, peniaga berhak menentukan jumlah kuantiti yang boleh dibeli oleh pengguna bagi memastikan bekalan tidak terjejas.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 22 kes membabitkan kesalahan kepenggunaan di bawah pelbagai akta di bawah KPDN direkodkan dalam tempoh 12 hari bermula 1 Jan lepas.
Katanya, dalam tempoh itu juga, kompaun sebanyak RM4,800 dan denda (RM250) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Dalam tempoh sama, KPDN Melaka juga menerima 44 aduan daripada pengguna dan telah memeriksa 1,124 premis perniagaan di seluruh Melaka," katanya.
Sementara itu, Ngwe berkata peniaga makanan, minuman atau barangan di negeri itu terutama di kawasan pelancongan diingatkan meletakkan tanda harga pada setiap produk jualan mereka.
Beliau berkata tiada kompromi kepada peniaga yang ingkar dan mereka yang mengulangi kesalahan sama selepas notis dikeluarkan boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Dalam pemantauan malam ini (tadi) juga, kita melihat masih ramai lagi peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Orang ramai khususnya peniaga kuih raya diminta tidak melakukan pembelian secara pukal terutama menjelang sambutan perayaan dengan tujuan untuk menyimpan bekalan. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Muhyiddin Yassin mula ternak ayam...
Tan Sri Muhyiddin mula ternak ayam penelur sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah bekalan telur di pasaran.

DUN Perak: Bekalan daging, telur di Perak stabil - Exco
Pengeluaran bekalan daging serta telur ayam dan itik di Perak berada pada tahap stabil dan melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh lima tahun.

Bekalan telur lebihi permintaan, Fama akan buka lebih 1,300 pasar tani - Zahid
Bekalan telur dalam negara ketika ini telah berada pada tahap melebihi daripada permintaan.

Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS
DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia.

Senarai 30 barang kawalan sempena Aidilfitri diumum 13 April - Salahuddin
Salahuddin berkata senarai barangan itu turut termasuk bahan utama dalam pembuatan kuih raya.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.

Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.

Kerajaan akan kaji subsidi ayam, telur Jun ini - Mohamad Sabu
Setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi telah diperuntuk kepada penternak dan pengeluar terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.