KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif institut automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu Lembaga Pengarah Malaysia Automotive Robotics And IOT Institute (MARii) bagi mendapatkan kontrak penyediaan latihan automotif bernilai RM6.4 juta, lima tahun lepas.
Datuk Mohamad Madani Sahari, 57, didakwa menipu lembaga pengarah MARii dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa harga ditawarkan oleh syarikat LPS Learning Platform adalah RM6.4 juta sedangkan harga sebenar ditawarkan RM2.3 juta.
Perbuatan itu mendorong lembaga pengarah tersebut untuk menyerahkan kontrak bernilai RM6.4 juta kepada syarikat LPS Learning Platform dengan meluluskan cadangan pelantikan syarikat itu sebagai 'penyedia latihan bagi wilayah Tengah, Pantai Timur, Selatan serta Sabah & Sarawak pada harga kontrak keseluruhan RM6.4 juta' yang lembaga pengarah berkenaan tidak akan menyerahkan kontrak itu kepada syarikat LPS Learning dengan meluluskan cadangan pelantikan tersebut sekiranya tidak diperdayakan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik mesyuarat di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral Dua di sini antara 10.50 pagi hingga 3.35 petang, 14 Disember 2019 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Law Chin How memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM300,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.
"Tertuduh sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan esok dia akan didakwa lagi di mahkamah sama di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
"Pihak kami akan memohon untuk memindahkan kes di Mahkamah Shah Alam untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini,” kata Chin How yang mengendalikan kes bersama TPR, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Haresh Prakash Somiah.
Peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Mohamad Madani berkata pihaknya bersetuju untuk mengguna pakai jaminan tersebut selain memaklumkan anak guamnya tidak pernah gagal hadir ke mahkamah sejak dituduh pada April 2023.
Hakim Rozina Ayob membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengguna pakai wang jaminan RM300,000 dan menetapkan 29 Februari ini untuk sebutan kes.
Pada 14 April tahun lepas, Mohamad Madani didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah RM5 juta daripada seorang individu menerusi akaun bank sebagai upah kerana membantu sebuah syarikat mendapat surat penganugerahan berjumlah RM12 juta.
Dia turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 8 Mei tahun lepas atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja.
- Bernama
Bernama
Mon Jan 29 2024

Mohamad Madani didakwa menipu lembaga pengarah MARii dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa harga ditawarkan oleh syarikat LPS Learning Platform adalah RM6.4 juta sedangkan harga sebenar ditawarkan RM2.3 juta. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Bekas CEO institut automotif didakwa lagi, tuduhan tipu RM6.4 juta
Seorang bekas CEO institut automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu Lembaga Pengarah MMARii.

Pengubahan wang haram: Bekas CEO MARii didakwa lagi
Bekas CEO MARii mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas 12 pertuduhan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.038 juta, pada 2021 dan 2022.