KUALA SELANGOR: Bekas isteri Safee Sali memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap bekas pemain bola sepak kebangsaan itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa.
Peguam syarie, Fauzan Ziman Hassan mewakili Fitria Elfina Maharip berkata, tuntutan itu difailkan pihaknya pada prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
"Kita telah memfailkan pembelaan bagi menjawab tuntutan nusyuz yang difailkan oleh pihak Safee pada 13 Mac lalu.
"Pada masa sama, kita turut memfailkan tuntutan balas iaitu memohon kepada mahkamah mensabitkan nusyuz terhadap Safee berkaitan beberapa perkara dalam tempoh perkahwinan bersama Fitria,” katanya ketika ditemui selepas prosiding itu pada Selasa.
Ujarnya, sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plaintif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Safee dan Fitria bagaimanapun tidak menghadiri prosiding itu, manakala plaintif diwakili peguam syarie Nur Syarafana Kamaruddin.
Fauzan Ziman hadir bagi prosiding tuntutan balas nusyuz terhadap Safee Sali di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa.
Mengulas mengenai tuntutan nusyuz difailkan Safee sebelum ini, Fauzan Ziman berkata, antara tuntutan plaintif berkaitan dakwaan defendan meninggalkan anak dengan pulang ke Batam, Indonesia pada Februari lalu.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, pihaknya sudah mengemukakan semua dokumen pembelaan kepada mahkamah.
Sinar Harian pada 26 Mac lalu melaporkan, pergolakan rumahtangga Safee dan Fitria Elfina akhirnya berakhir apabila mereka bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah.
Mahkamah memutuskan demikian selepas mengesahkan penceraian menerusi pesanan WhatsApp pada Februari lalu itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Sebelum ini, Fitria Elfina mendakwa, bekas penyerang itu mula berubah sikap selepas berkahwin lain di Thailand.
Fitria Elfina turut memfailkan tuntutan hadanah terhadap Safee berhubung hak penjagaan dua anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 18 Mac lalu.
Safee Sali bernikah dengan Fitria Elfina yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012 dan dia juga mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya.
Fauzan Ziman hadir bagi prosiding tuntutan balas nusyuz terhadap Safee Sali di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 30 2024

Fitria Elfina (kiri) turut memfailkan tuntutan hadanah terhadap Safee (kanan) berhubung hak penjagaan dua anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 18 Mac lalu. -Foto Sinar Harian

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Safee harap provokasi netizen tidak ganggu rentak Harimau Malaya
Safee Sali menasihatkan skuad Harimau Malaya supaya terus fokus dan tidak terganggu dengan provokasi netizen di media sosial.

Arif Aiman berpotensi lebarkan sayap di Timur Tengah - Safee
Safee berpandangan pemain berusia 21 tahun itu, seeloknya kekal bersama JDT terlebih dahulu bagi mengembangkan lagi bakatnya.

Safee Sali kekal bersama PJ City musim depan
Beliau turut membayangkan musim depan pasukan itu bakal menampilkan beberapa muka baharu yang lebih berpengalaman dalam Liga Super.

Budi bahasa bukan budaya kita?
Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini, kita kembali semula kepada persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita?

Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah
Pekerja kedai aksesori kenderaan, Shalihoddin Azman, 34, mengaku tidak bersalah dan meminta perbicaraan.

Safee Sali beri keterangan berhubung pistol, peluru hidup dalam kenderaannya
Safee, 32, tiba di IPD JBU kira-kira 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian.

Safee Sali kecewa tidak dapat beri sumbangan
Penyerang Johor DT, Safee Sali kecewa gagal membantu pasukannya merampas gelaran Piala FA musim ini.

Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan
Latihan dua minggu skuad senior kebangsaan di Australia merupakan medan terbaik buat Safiq Rahim dan Safee Sali untuk mengembalikan semula keyakinan, masing-masing.

Safee harap Nazmi tambah matang
Safee Sali berharap Nazmi Faiz Mansor bertambah matang selepas pulang awal daripada kembaranya di Portugal.