KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih skuad hoki lelaki dan wanita kebangsaan Yahya Atan atau lebih dikenali sebagai 'Pakya', meninggal dunia pada usia 67 tahun petang tadi.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.45 petang di Hospital Kuala Lumpur.
KHM menyifatkan sukan hoki amat dekat di hati beliau, yang namanya cukup terkenal dalam kalangan penggiat sukan itu.
"Allahyarham Pakya merupakan seorang yang sangat mencintai sukan hoki dan telah banyak menghabiskan waktunya membantu sukan hoki sama ada di peringkat akar umbi mahupun di peringkat lebih tinggi," menurut kenyataan itu.
KHM turut menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Jasa Allahyarham Pakya dan keluarga beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh KHM," menurut kenyataan itu lagi.
Bernama difahamkan Pakya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada 25 Feb selepas ditemukan terbaring tidak sedarkan diri dalam tandas, sebelum aksi skuad hoki wanita Sabah menentang Mutiara Impian dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2022.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi hantaran di Facebook rasminya.
Terdahulu, hari ini arena olahraga turut dikejutkan dengan pemergian bekas pelari 800 meter (m) dan 1,500m Olimpik negara R. Subramaniam, yang difahamkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang selepas mengadu mengalami sakit dada.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Bekas ketua jurulatih skuad hoki lelaki dan wanita kebangsaan Yahya Atan atau lebih dikenali sebagai 'Pakya', meninggal dunia pada usia 67 tahun petang Ahad. - Foto Facebook/Olympic Council of Malaysia
KKM lancar WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melancarkan WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan di talian 012-8484378.
Jelasnya, ia bagi memastikan keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan aduan dapat disampaikan secara langsung.
Jelasnya, ia bagi memastikan keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan aduan dapat disampaikan secara langsung.
Sekatan Israel langgar undang-undang antarabangsa - Liga Arab
Parlimen Arab mengecam tindakan sekatan bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel dan menyifatkan ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Orang ramai serbu bazar, walaupun kenaikan harga
Hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa menyaksikan orang ramai berpusu-pusu mencari makanan dan juadah berbuka di Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhamad ke-IV

Lebih 35,000 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 bilion direkodkan tahun lepas
Ramli berkata jumlah itu mewakili 84.5 peratus daripada 41,701 kes jenayah komersial dilaporkan pada tahun lepas.

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
Penyelenggaraan termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik serta elektronik, di bawah pengawasan jurutera dari Switzerland.

Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga.

Malaysia mohon longgar syarat bagi Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN
Berdasarkan peraturan sedia ada, terdapat 88 prasyarat ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste sebelum boleh menjadi ahli penuh rantau itu.

EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Sejak sekatan terhadap Rusia dikenakan, negara-negara EU telah mengurangkan import baja Rusia dengan ketara.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas ketua jurulatih hoki kebangsaan Yahya Atan meninggal dunia
Bekas ketua jurulatih skuad hoki lelaki dan wanita kebangsaan Yahya Atan atau lebih dikenali sebagai 'Pakya', meninggal dunia pada usia 67 tahun petang tadi.