Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia di kediamannya di Merlimau di sini akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang kira-kira pukul 6 petang tadi.
Anak saudara Allahyarham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Roslan Ahmad berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital kira-kira sebulan lepas kerana komplikasi penyakit itu.
"Allahyarham telah dibawa semula ke rumahnya dalam tiga hari lepas dan menghembuskan nafas terakhir dengan keluarga di sisinya petang tadi," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Roslan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat berkata Allahyarham mula menghidap penyakit itu kira-kira 10 tahun lepas.
"Allahyarham walaupun hanya berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka selama dua tahun telah menyumbang bakti yang besar kepada negeri ini dan menjadi teladan kepada saya untuk ikuti," katanya.
Allahyarham dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Al-Azim, sebelum Zohor esok.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Seri Khalijah Mohd Jiddi dan enam orang anak iaitu Zalina, Roslaini, Marina, Zuraini dan Khaidirah serta seorang anak lelaki Mohd Aidi Iskandar.
Allahyarham merupakan Ketua Menteri Melaka Kelapan dan mula menjawat jawatan itu pada 23 Mei 1997 sehingga 2 Dis 1999 sebelum digantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Dilahirkan pada 14 Sept 1939, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Merlimau di sini sebelum melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Tinggi Melaka.
Allahyarham mendapat latihan sebagai guru di Maktab Perguruan Kota, Kota Bharu, Kelantan dan Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru, Johor.
Beliau melanjutkan pengajian peringkat diploma di Language Teachers' Training College, Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan peringkat ijazah di Brighton Polytechnic Language Centre, University of Brighton, United Kingdom.
Pernah bertugas sebagai guru di beberapa sekolah di Melaka antaranya Sekolah Menengah Yok Bin, Ayer Leleh dan kali terakhir memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengarah, Unit Pendaftaran Sekolah, Jabatan Pendidikan Melaka sebelum meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum pada 1986.
Mula bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-7 pada Ogos 1986, Allahyarham memenangi kerusi dewan undangan negeri Sungai Rambai dengan majoriti 2,439 menewaskan calon PAS, Rahimi Bani.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-10, Nov 1999 beliau memenangi kerusi parlimen Jasin dengan majoriti undi 10,685 menewaskan Mujahid Yusof daripada PAS.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Dalam Negeri bermula Disember 1999 hingga Mac 2004.
Bernama
Fri Jul 12 2013
![Bekas Ketua Menteri Melaka Abu Zahar Ithnin meninggal dunia Bekas Ketua Menteri Melaka Abu Zahar Ithnin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71373641189_295x200.jpg)
![Tiada kuasa boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air - Erdogan Tiada kuasa boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737017339_GazaPalestineHam.jpg)
Tiada kuasa boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa tiada kuasa boleh memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka.
![Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735021919_tbmembunuhseorangw.jpg)
Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini
Mahkamah Majistret menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes seorang pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan yang mayatnya ditemukan dalam longkang.
AWANI Ringkas: KDN jamin keselamatan terkawal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739170755_bunuhibutemanwan.jpg)
Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung
Seorang lelaki dan teman wanitanya dihadapkan dituduh membunuh ibu kandungnya, dua minggu lepas.
![KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739170053_TanSriRazarudinHu.jpg)
KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.
![Mayat lelaki ditemukan di ladang getah di Marang Mayat lelaki ditemukan di ladang getah di Marang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739164319_tbladanggetahmaya.jpg)
Mayat lelaki ditemukan di ladang getah di Marang
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tertiarap di sebuah ladang getah di Kampung Kubu di Kuala Terengganu, semalam.
![ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737801409_tbSaifuddinNasution.jpg)
ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Bekas pengerusi masjid didakwa kemuka nama asnaf yang tidak layak terima zakat Bekas pengerusi masjid didakwa kemuka nama asnaf yang tidak layak terima zakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739168350_KemamanHamizanAmid.jpg)
Bekas pengerusi masjid didakwa kemuka nama asnaf yang tidak layak terima zakat
Bekas pengerusi sebuah masjid di Kerteh dituduh memperdayakan seorang pegawai agama dengan mengemukakan senarai penama tidak layak menerima zakat.
![2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus 2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705924684_sivakumarnadarajah.jpg)
2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.
![PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.
!['Pemergian Abu Zahar kehilangan besar rakyat Melaka' 'Pemergian Abu Zahar kehilangan besar rakyat Melaka'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71373641189_295x200.jpg)
'Pemergian Abu Zahar kehilangan besar rakyat Melaka'
Pemergian bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, merupakan suatu kehilangan besar untuk rakyat Melaka.
![Bekas Ketua Menteri Melaka Abu Zahar Ithnin meninggal dunia Bekas Ketua Menteri Melaka Abu Zahar Ithnin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71373641189_295x200.jpg)
Bekas Ketua Menteri Melaka Abu Zahar Ithnin meninggal dunia
Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia di kediamannya di Merlimau pukul 6 petang tadi.